Berkongsi kisah di Instagram Stories miliknya, Sazzy Falak memberitahu suaminya Nazril Idrus terlibat dalam kemalangan teruk ketika mengayuh basikal.

Tanpa menyatakan bagaimana kemalangan tersebut berlaku, Sazzy hanya memberitahu suaminya terjatuh teruk (bad fall) ketika berbasikal bersama kawan-kawan.

"Akhirnya ada masa untuk update. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, memberikan ucapan serta doa. Suami Nash Idrus berada dalam keadaan stabil, Alhamdulillah.

"Collarbone sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya retak. Walaupun dia mengalami concussion selepas kemalangan, CT scan menunjukkan semuanya berkeadaan baik," tulis Sazzy di Insta Stories dalam Bahasa Inggeris.



Menurut Sazzy lagi, ketika ini mereka sedang menanti berita daripada pasukan orthopaedic sama ada suaminya perlu menjalani pembedahan atau tidak.

Tambah Sazzy lagi, paru-paru Nazril tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan pembedahan memberitahu tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.

"Dia akan berada di hospital beberapa hari untuk pantauan," tambah Sazzy lagi.

Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan Nazril Idrus pada 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.