Tiga wira kampung tabah menempuh pelbagai dugaan dan mengharungi cabaran yang sukar untuk membela hak masing-masing dalam mengecapi kemerdekaan.
Pelbagai cabaran telah ditempuhi oleh Salleh, Boon dan Dewi sepanjang tempoh enam dekad dan tidak pernah sekali pun semangat setia kawan mereka pudar sejak sambutan Hari Kemerdekaan yang pertama lagi.
Hubungan mereka mula terbentuk apabila bekerjasama dalam menyelesaikan misteri kehilangan bungkusan derma bagi membantu membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London dan memulihkan semula nama pesta yang tercemar akibat dituduh mencuri barangan tersebut.
Mereka telah diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan apabila menjadi mangsa kepada tragedi rusuhan 13 Mei yang telah melanda seluruh negara.
Ternyata dugaan yang mereka hadapi bukan setakat itu apabila Devi yang merupakan seorang pelari dalam pasukan negara dalam Southeast Asia Peninsular Games (SEAP Games) 1971, telah dibuang pasukan kerana prestasinya kurang memberangsangkan.
Konflik mula terjadi diantara mereka apabila Boon berkahwin dengan cinta sejatinya, Dianne dan Salleh rasa tertipu apabila Kapten Harris menghadiahkan tapak pesta kepada Boon.
Salleh telah menuduh Boon menikam belakangnya dan berasakan dirinya tertipu lalu mengambil keputusan untuk berpindah dan memikirkan mengenai masa depannya.
Salleh telah menubuhkan perniagaan barunya dalam menghasilkan pemain pita video (VCR) buatan Malaysia, selari dengan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia” kerajaan.
Boon pula menghadapi masalah bisnes untuk pestanya apabila seorang kanak-kanak telah jatuh dari Roda Ferris dan mengakibatkan perniagaannya terganggu.
Sementara itu, Devi pula menghadapi musibah apabila dipanah petir dan menyebabkan dia koma selama seminggu.
Dapatkah Salleh, Boon dan Dewi menyelesaikan konflik yang terjadi antara mereka dan mengatasi masalah yang dihadapi?
Untuk mengetahui kesudahan kisah selanjutnya mengenai Salleh, Boon dan Dewi jangan lupa saksikan drama mini bersiri enam episod Anak Merdeka pada 26 Ogos hingga 31 Ogos, pukul 9 malam di Astro Prima (saluran 105), Astro Mustika HD (saluran 134), Astro XI Yue HD (saluran 300) dan Astro Vaanavil (saluran 201).
Selain itu penonton juga boleh menyaksikan drama bersiri ini secara eksklusif di Astro melalui Astro GO, On Demand dan NJOI NOW.
Rozaimi Zubaidi
Mon Aug 21 2017
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka