,
Laman Utama

Tiket Konsert Misha Omar Sold Out, Istana Budaya Akan Guna Sistem Baru - "4 Tiket Sahaja Seorang, Tak Boleh Lebih"

Izwan Isa
21/10/2021
10:20 MYT
Rentetan daripada isu kehabisan tiket Konsert Orkestra Simfoni Bersama Misha Omar baru-baru ini, pihak penganjur iaitu Istana Budaya meletakkan syarat maksimum empat tiket sahaja kepada setiap pembeli.
Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Zaifri Husin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada lebih ramai peminat untuk mendapatkan tiket program-program anjuran Istana Budaya pada masa akan datang.
"Selepas berbincang dengan pihak pemasaran Istana Budaya, kami mengambil keputusan untuk mengehadkan penjualan empat tiket sahaja kepada setiap pelanggan.
"Hal ini kerana, kami ingin memberi peluang kepada lebih ramai penonton untuk membeli dan menikmati persembahan yang dibawakan Istana Budaya pada tahun ini," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Patriotik Tanah Airku di Selasar Pualam, Istana Budaya, Kuala Lumpur petang tadi.
Konsert Patriotik Tanah Airku bakal menampilkan persembahan penyanyi Syamel, Ernie Zakri, Aina Abdul, Fitri Hiswady, dan Hairi Safwan yang bakal berlangsung pada 6 November di Panggung Sari, Istana Budaya.
Tambah Zaifri, pihak Istana Budaya juga ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku dan sedang dalam persiapan untuk membangunkan sistem penjualan tiket secara dalam talian menjelang awal tahun depan.
"Kami ingin memohon maaf kepada penonton dan peminat yang datang membeli tiket secara tunai semalam. Saya sendiri nampak orang beratur panjang di luar Istana Budaya dan meminta untuk mereka masuk ke dalam kerana cuaca yang panas dan hujan semalam.
"Kami cakna mengenai isu yang berlaku semalam dan Istana Budaya kini sedang dalam proses ke arah pendigitalan yang dijangka dilaksanakan awal tahun depan.
"Sebenarnya usaha ke arah pendigitalan ini sudah dimulakan sejak Jun lalu, tapi disebabkan proses untuk menyiapkan mengambil masa yang panjang jadi kami tidak dapat laksanakan pada tahun ini," katanya.
Semalam, isu penjualan tiket Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia Bersama Bintang Misha Omar menjadi bualan hangat di media sosial apabila ramai pembeli tidak berjaya membeli tiket di kaunter yang dibuka di Istana Budaya.
Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia Bersama Bintang Misha Omar akan berlangsung di Istana Budaya pada 30 Oktober ini.
Menurut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kapasiti penonton dikecilkan kepada 735 daripada kapasiti penuh iaitu 1,400 tempat duduk.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Bukan Biasa-Biasa! Minggu Orientasi UNIMAS Dimeriahkan Dengan Persembahan Aina Abdul

gempak
04/10/2024
12:25 MYT
Minggu Aluan Pelajar, majlis orientasi mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi istimewa apabila penyanyi, Aina Abdul membuat kemunculan khas pada majlis tersebut.
Hiburan

Anjur Konsert Pertama Di Malaysia, Govinda Nafi Guna Nama Ernie Zakri & Aina Abdul - “Tak Ada Istilah…”

gempak
04/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi berkumpulan Indonesia, Govinda meluahkan rasa teruja apabila bakal membuat persembahan di konsert sulung mereka iaitu Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur hujung bulan ini.
Hiburan

Wings Bakal Adakan Konsert Jelajah Di 49 Penjara, Awie Luah Hasrat Mahu Bertemu Yasin - “Saya Doakan Dia Tabah Dengan Apa Yang Berlaku”

gempak
02/10/2024
07:25 MYT
Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie mendedahkan kumpulan Wings bakal mengadakan konsert jelajah ke-49 penjara terpilih tahun hadapan.
Peraduan

GMW Giveaway: Jaclyn Victor First Solo Concert

gempak
01/10/2024
16:35 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Jaclyn Victor First Solo Concert Secara Percuma? Memang best!
BorakSeeni