,
Hiburan

"Timbul Rasa Takut, What If Tak Sempat ..." - Ernie Zakri Buka Cerita Ketika Mula-Mula Bertudung

Amri Hassan
29/10/2020
03:20 MYT
Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan situasi semasa banyak menyuntik kesedaran untuk dia istiqamah bertudung sejak Mac lalu.
Jelas Ernie, biarpun sudah memasang niat untuk terus kekal berhijab sejak tahun lalu, faktor kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya.
"Dari last year saya ambil keputusan untuk berhijab. Cuma pada masa itu agak teragak-agak sikitlah.
"Banyak memikirkan tentang kerja-kerja semua. Pada tahun ini, dalam keadaan kita semua tengah susah, masa PKP hari tu, tiba-tiba tersedar timbul perasaan takut. ‘What if kalau tak sempat?’…
"Niat itu sudah ada dari tahun lepas, cuma saya sendiri tak terbuka hati atau betul-betul fokus nak pergi ke jalan yang baik tu.
"Ketika PKP hari tu kita banyak habiskan masa seorang dan pada masa itu saya fokus... Alhamdulillah dapat dan sempat untuk buat keputusan untuk berhijab," katanya.
Justeru, Ernie tidak memikirkan soal rezeki selepas berhijab memandangkan masyarakat kini lebih terbuka untuk menerima artis yang berhijab.
"Masyarakat dan penganjur terbuka untuk menerima artis bertudung.
"Ramai ikon wanita yang Ernie contohi seperti Neelofa dan Mira Filzah. Semua wanita-wanita yang aktif dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada Ernie untuk terus bertudung.
"Rezeki semua Allah yang rancang. Insya-Allah, bila dah bertudung mana tahu terbuka lagi penganjur yang lain untuk mengambil Ernie bekerja," ujarnya.
Ernie akui cabaran selepas berhijab tidak mudah. Ada juga segelintir netizen yang skeptikal dan menganggap hijrah Ernie hanya sementara.
"Ada yang cakap sekejap sahaja tu, ada yang tegur masih tak sempurna. Ya, saya sedang melalui fasa itu dan saya pun nak jadi lebih baik.
"Apabila membuat keputusan besar dalam hidup saya perlu masa dan alhamdulillah saya dipermudahkan.
"Jadi, saya buat tak tahu walaupun sedikit sedih, buat apa melayan benda yang menyedihkan," tambahnya..
Selepas berhijab, Ernie dan Syamel mengesahkan mereka bertunang pada Ogos lalu.
Sumber: Facebook Zayan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kebahagiaan Saya Adalah Dia..." - Ini Luahan Hati Syamel Buat Ernie Zakri Selepas Menang SCTV Awards 2024 Di Indonesia

gempak
22/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Syamel menyatakan kemenangan isterinya, Ernie Zakri di Anugerah SCTV Awards 2024 adalah rezeki untuknya.
Hiburan

Ernie Zakri Tak Sangka Bawa Pulang Anugerah Di SCTV Awards 2024 - “Datang Sini Untuk Nyanyi Je…”

gempak
21/11/2024
02:25 MYT
Menurut pelantun lagu Aura itu, dia hadir ke majlis itu hanya untuk membuat persembahan sahaja namun tidak menyangka akan membawa pulang satu anugerah.
Hiburan

Ernie Zakri Kecewa Belakang Tabir Tidak Berjaya Mara Ke AJL39 - “Kita Kehilangan Satu Lagu Yang Bagus”

gempak
16/11/2024
01:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aura itu, mereka telah kehilangan satu lagu yang bagus dalam pertandingan berprestij itu.
Hiburan

Puas Sudah, Aura, Hening Rindu, Terus Bersinar Layak Ke AJL39! Jom Semak Senarai Penuh Peserta

gempak
15/11/2024
15:46 MYT
10 lagu yang menempatkan diri ke AJL39 adalah lagu Sengaja nyanyian Amir Masdi, Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Aura nyanyian Ernie Zakri, Terus Bersinar nyanyian Hafiz Suip.
Hiburan

Peminat Malaysia Jadi Saksi Pertama Perjalan Pembikinan Album Govinda Live Studio Session 2023 - “Di Indonesia Juga Kami Tidak Pernah Tayang..”

gempak
01/11/2024
09:55 MYT
Menurut vokalis Govinda, Ifan dokumentari itu tidak pernah disiarkan dimana-mana platform lagi bahkan peminat di Indonesia juga masih belum menontonya.
Unitar