Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri dikritik netizen apabila kerap memuat naik gambar dan video di Instagram ketika masih sedang menunaikan haji di Mekah.

Menerusi komen yang ditinggalkan, seorang netizen menasihati Aliff supaya lebih fokus terhadap ibadah haji dan tidak terlalu aktif di media sosial.

BACA: Hilang Sabar Di Tanah Suci, Aliff Syukri Tuntut Hutang Pengasas Tudung - "Kereta Mewah Sempat Beli, Waktu Nak Pinjam..."

“Tinggal lah kejap media sosial ni Datuk. Fokus pada ibadah je Datuk. Itu lebih baik. Semoga dapat haji mabrur amin,” tulisnya.

Namun, tidak kurang ada yang memuji perkongsian Aliff tersebut yang memperlihatkan dia melayan ibunya ketika sedang mengerjakan ibadah haji.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


“Datuk Kri ni kan, walaupun orang kecam ke kena marah dengan bonda ke macam mana, dia tetap utamakan bonda dia. Walaupon bonda kaya raya, tetap tak lupa bagi duit,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Aliff Syukri berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya yang indah kerana dapat mengerjakan ibadah haji bersama ibu tercinta.

BACA: [VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Ramai Doa: "Semoga Dipermudahkan, Harap Tak Ada Lagi Video Mengarut Lepas Ni"

“Tak tau nak cakap betapa indahnya hidup saya dapat ada mak di sisi saya ketika ini. Masa kecil saya terpisah seketika. Bila dah tua ni rasa menyesal kalau tak rapat dengan mak.

“Nenek dan abah dah tiada, tak tau nak gambarkan macam mana sedih, gembira semua ada. Anda dapat rasa tak apa yang saya rasa ketika ini? Sayangi dan santuni mak kita selagi ada. Semoga video ini menjadi memori terindah saya dan mak saya. Kri sayang mak sampai mati,” tulisnya.