Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."
Ainun
03/11/2024 21:55 MYT
03/11/2024 21:55 MYT
Penyanyi, Tomok dan Siti Nordiana bakal bergabung pentas buat pertama kali menerusi konsert Memori Mungkin Berulang.
Selaku penganjur konsert, Tomok sangat berbesar hati kerana dapat bergabung bersama Siti Nordiana untuk sama-sama mengimbau kembali memori lama mereka yang memulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.
Selaku penganjur konsert, Tomok sangat berbesar hati kerana dapat bergabung bersama Siti Nordiana untuk sama-sama mengimbau kembali memori lama mereka yang memulakan karier nyanyian sejak di bangku sekolah.
“Pelbagai kejutan akan dipersembahkan sepanjang konsert ini berlangsung terutama lagu-lagu hits kami akan dinyanyikan sama ada saya mahupun Nana. Sepanjang kami bergelar penyanyi ini kali pertama kami berkolobarasi demi penyokong dan peminat.
“Konsert ini juga akan kami mengimbau kenangan lagu Nana duet bersama dengan Allahyarham Achik yang akan dinyanyi oleh saya.
"Saya yakin lagu-lagu hits seperti Memori Berkasih, Resipi Berkasih dan Gurauan Berkasih akan ditunggu-tunggu oleh semua peminat," ujarnya.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail juga berkongsi dimana harga tiket yang ditawarkan kepada peminat sangat berpatutan dan berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik buat peminat yang hadir.
“Harga tiket ditawarkan juga amat berpatutan dan saya yakin peminat kami berdua mampu memilikinya dan menyokong konsert kami ini.
"Kami akan berikan persembahan terbaik dan tidak merugikan wang anda,” katanya.
Sementara itu, Siti Nordiana tidak menolak untuk melakukan konsert bersama Tomok kerana baginya ia merupakan satu peluang yang tidak wajar disia-siakan.
“Memilih lagu duet kami iaitu Memori Mungkin Berulang sebagai teraju utama konsert ini adalah ia amat sinonim dengan saya dan juga Tomok. Dulu saya amat dikenali dengan Achik kerana kerap tampil dengan lagu-lagu duet yang menaikkan nama kami berdua.
“Saya juga tidak menyangka lagu duet dengan Tomok diterima ramai dan sekali lagi cetus satu fenomena baru untuk industri muzik masa kini yang dikelilingi generasi Z.
"Apa-apa pun saya bersyukur kerana lagu Memori Mungkin Berulang diterima di luar jangka terutama kepada anak-anak muda,” kongsinya.
Konsert Memori Mungkin Berulang dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur sempena lebih 20 tahun Tomok dan Siti Nordiana menceburi industri muzik tanah air.
Untuk peminat yang ingin melihat gabungan dua penyanyi hebat ini, tiket Konsert Memori Mungkin Berulang sudah mula dijual pada 28 Oktober 2024 dengan harga bermula RM98, RM198, RM298, RM398, RM498 dan VIP BOX RM5000.
Tiket boleh dibeli menerusi dalam talian di Ticket2u.