Khas buat peminat setia penyanyi Tomok yang menjadi sumber kekuatan kariernya selama ini, sebuah
dokumentari khas mengenai perjalanan seninya telah diterbitkan.

Dokumentari khas yang diberi nama TOMOKTWNTY ini mengisahkan tentang 20 tahun pembabitan Tomok dalam industri seni tanah air.

Sebanyak empat episod akan ditayangkan dan setiap satunya berdurasi selama 15 minit.

Setiap episod menyingkap sejarah bagaimana Tomok memulakan perjalanannya sebagai vokalis New Boyz sehingga kini.

Dokumentari itu juga menceritakan pahit getir Tomok dalam mengecapi kejayaannya.

Selain Tomok, TOMOKTWNTY juga menampilkan Zul (2 by 2), Zimi Sofazr, Aubrey Suwito dan ramai lagi yang merupakan tulang belakang kepada kerjaya seni penyanyi itu.

Episod pertama telah pun disiarkan pada tanggal 27 Disember lalu.

TOMOKTWNTY boleh ditonton menerusi saluran YouTube Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan dua minggu sekali.