Pelawak Shuk Sahar sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik sepotong video ‘lakonan semula’ yang dikatakan meniru kejadian mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.

Video berkenaan dimuat naik di platform TikTok Shuk malam semalam.

Menerusi video berkenaan, Shuk pada awalnya hanya duduk di penjuru bot dengan tenang sambil melihat pemandangan sekitar sungai.

Namun, muncul dua lelaki yang cuba mengangkatnya sebelum menumbuk ke arah muka pelawak itu.

Dengan berlatarbelakangkan lagu Thailand popular, ramai mendakwa video berkenaan seakan meniru kejadian menimpa Tangmo.

Malah, pada video berkenaan, Shuk turut meletakkan perkataan Tongmok.

Pun begitu, jika sebelum ini ramai artis dikecam kerana melakonkan adegan yang dianggap sensitif, namun ia tidak pula berlaku kepada Shuk.

Menerusi pemantauan Gempak di ruang komen, rata-ratanya ‘berdekah’ kerana terhibur dengan lakonan bersahaja Shuk.

Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan untuk menasihati pelawak tersebut supaya sentiasa tabah dan sabar dengan dugaan menimpa hidupnya ketika ini.

“Bro shuk aku tetap sokong walau susah dan senang”

“Tangmo ke takmuat”.

“Lawak la Shuk ni, agak-agak kalau jatuh, ramai tak netizen jadi detektif,” tulis beberapa netizen.

@shuksahar #fyp #fypindonesia #shuksahar @iskandarnorzaman @dinlatah7 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)

Untuk makluman, sebelum ini isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pernah mencetuskan perdebatan ramai apabila mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.

Menerusi plaftorm TikTok, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum.

BACA: “Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” - Isteri Shuk Sahar

Dalam perkembangan lain, pelakon Aeril Zafrel pernah dikecam teruk gara-gara melakonkan tragedi Tangmo apabila seolah-olah ‘menolak’ Wawa jatuh daripada bot sebelum sebelum dia ketawa kegembiraan.

Situasi berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap Aeril berbuat demikian bagi mengajuk tragedi kematian menyayat hati pelakon Thailand tersebut/

BACA: “Ingat Lawak Ke B*doh?” - Bergurau Tolak Wawa Persis Tragedi Mendiang Tangmo, Aeril Zafrel Dikecam Teruk!