TEMPATAN
Toyota Fortuner 2021 Harga Jualan Bermula RM172,244
Selepas Toyota Innova, kini giliran Toyota Fortuner 2021 yang hadir dengan kemaskini terhadap penampilan, prestasi serta keselamatannya, dan dalam masa sama mengekalkan ciri-ciri yang menjadikannya SUV popular di negara ini.
Bagi versi 2021, ia ditawarkan dengan dua varian iaitu Toyota Fortuner 2.8 VRZ dan Toyota Fortuner 2.7 SRZ. Fortuner 2.8 VRZ 4x4 A/T ialah varian baru yang menggantikan Fortuner 2.4 VRZ dalam penawaran sebelumnya.

Unit lampu yang lain juga diberikan rekaan baru, serta rekaan bampar depan dan belakang yang juga menampilkan sentuhan baru. Bahagian skid plate di depan turut diperkemas, menyuntik imej lasak pada Fortuner.

Ruang kabin Fortuner 2.8 VRZ diberikan rekaan dan warna baru, termasuklah pada balutan tempat duduknya. Panel instrumen baru menampilkan Multi Information Display (MID) yang diperkemas animasi pemulanya.

Aturan tempat duduk yang boleh ubah membolehkan kapasiti penuh dimanfaatkan jika perlu. Ketiga-tiga baris yang ada mampu menempatkan penumpang dewasa dengan selesa. Bagi barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk memberi kelebihan sebagai ruang barangan.

Sistem pacuan 4x4 pula menyediakan kemampuan maksimum di semua permukaan jalan, baik lebuh raya mahupun laluan berlumpur. Dengan kemampuan shift on-the-fly, pemandu tidak perlu berhenti untuk kenderaan mengaktifkan pacuan 4x4, yang boleh ditukar pada tombol dengan mudah.

Kini, selari dengan usaha Toyota untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, model terbaru ini dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS).

Fungsi Yaw Assist akan diaktifkan ketika penukaran lorong dikesan, dan daya brek tambahan akan dikenakan kepada roda di sebelah dalam untuk membawa kenderaan kembali ke dalam posisi sepatutnya.

Sama seperti kebanyakan model yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Fortuner baru ini datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan.

Dua varian ditawarkan dengan harga jualan seperti berikut:
- Toyota Fortuner 2.8 VRZ dengan enjin 2.8 liter turbodiesel dan transmisi automatik enam-kelajuan 4x4 — dari RM203,183.
- Toyota Fortuner 2.7 SRZ dengan enjin 2.7 liter petrol dan transmisi automatik enam-kelajuan 4x4 — dari RM172,244.
Must-Watch Video