Laman Utama

Tragedi Halloween Itaewon; Pegawai Polis Dalam Siasatan Ditemui Mati

gempak
Awani
12/11/2022
05:35 MYT
Sponsor Banner
Tragedi Halloween Itaewon; Pegawai Polis Dalam Siasatan Ditemui Mati
Seorang pegawai polis Korea Selatan, yang berada dalam siasatan berhubung tragedi Halloween di Seoul, ditemui mati di rumahnya disyaki akibat membunuh diri.
Lelaki berusia 55 tahun itu, dikenali sebagai Inspektor Jeong, merupakan seorang pegawai risikan yang bekerja dengan polis tempatan.
Jeong merupakan antara suspek dalam siasatan kes terhadap tindak balas pihak berkuasa peristiwa tragis yang mengorbankan 156 nyawa dan mencederakan 196 lain.
Dia digantung tugas pada Rabu, selepas didakwa menutup kegagalan pihak polis dengan tuduhan telah mengarahkan rakan sekerja memadamkan laporan risikan.
Menurut laporan media tempatan, seorang ahli keluarga menemui pegawai itu pada jam 12.45 pagi waktu tempatan di rumahnya di utara Seoul pada Jumaat.
Ketika ini, pihak polis sedang menyiasat punca kematiannya.
Terdahulu, dilaporkan lebih 100,000 orang berada di kawasan hiburan yang terletak di daerah Itaewon sewaktu kejadian berlaku.
Panggilan pertama kepada polis dari Itaewon dibuat pada jam 6.34 petang waktu tempatan, beberapa jam sebelum rempuhan maut berlaku di sebuah lorong.
Seluruh jabatan polis tempatan dan perkhidmatan bomba sedang disiasat kerana peranan mereka dalam kegagalan mencegah dan bertindak balas terhadap rempuhan maut.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live