Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

Khairil Khusyairi
25/09/2024 13:55 MYT
Biarpun trailer baharu saja dikeluarkan, rata-rata pencinta filem tempatan seakan tidak sabar untuk menantikan filem komedi paling pecah perut tahun ini, Don Dukun.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen berasa teruja untuk menonton filem yang menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air itu.

Tak Sabar Gabungan Zul, Ropie

Kebanyakkannya menyifatkan filem yang dibintangi aktor Zul Ariffin ini sangat mencuit hati dan kelakar.

Malah ada juga yang menganggap gandingan Zul bersama Ropie Cecupak sangat ditungggu-tunggu peminat.

“Trailer pun terhibur dah yer lain macam dukunnya,” komen peminat.

“Tengok trailer pun dah gelak. Wajib kena tengok kat wayang ni,” tulis netizen.

“Weh Zul dengan Ropie pula tu. Adoi mesti berdekah nanti,” komen netizen lain.

“Lain macam Zul collab dengan Pak Kodi,” luah peminat teruja.

“Yay, trailer dah keluar! Serius cakap suka betul penggunaan lagu C.I.N.TA.K.I.TA versi Don Dukun. Ngam dan unik,” puji peminat lagi.

“Baru trailer, aku dah tersengih tergelak. Okay wajib tengok,” tulis netizen teruja.

“Horror comedy is back! Excited,” luah netizen lagi.

Sinopsis

Seorang ‘dukun instafamous’ yang bercita-cita menjadi dukun hebat seperti ahli keluarganya yang lain hingga sanggup menggunakan gimik serta tipu helah dan dihalang oleh ayahnya sendiri dari mendalami ilmu keramat keluarga mereka.

Datang seorang janda kaya menawarkan habuan lumayan untuk memulihkan anak tirinya yang meletakkan Don Arif dalam situasi persaingan dengan bomoh-bomoh lain sekaligus perlu berhadapan dengan ancaman kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa si anak tiri.

Don Arif sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi dukun hebat dan terkenal seperti ahli keluarganya yang lain, termasuk menggunakan tipu helah, Dengan bantuan orang kanannya, Jaafar, Don Arif mengatur gimik demi meraih populariti di sosial media.

Ayahnya, Pak Samad, tidak bersetuju dengan cara Don Arif dan menghalangnya dari mendalami ilmu kitab keramat keluarga mereka.

Muncul Datin Azizah, seorang janda kaya, yang menawarkan sejuta ringgit kepada Don Arif untuk memulihkan anak tirinya, Laila.

Namun begitu, Don Arif perlu bersaing dengan Aloysius, bomoh yang boleh berkomunikasi dengan roh, dan Dr. Divya, pemburu hantu moden.

Semua usaha mereka untuk mengusir jin yang merasuk Laila gagal dan Laila menjadi lebih agresif! Don Arif kemudiannya dikejutkan dengan satu rahsia silam yang mematahkan semangatnya lalu mengundurkan diri dan melepaskan tawaran lumayan Datin Azizah.

Sehinggalah Don Arif mendapat inspirasi dari anaknya sendiri serta restu dari Pak Samad yang menyuntik semula semangat dalam dirinya.

Don Arif kembali nekad untuk membantu Laila. Don Arif berjaya mengusir jin yang merasuk Laila dan kemenangannya itu membongkar kuasa gelap yang lebih dahsyat. Situasi jadi lebih mencemaskan dan kali ini Don Arif hampir tewas.

Dengan bantuan Aloysius dan Dr. Divya serta ilmu yang baru dikuasainya, Don Arif meneruskan perjuangan menghapuskan kuasa gelap demi menyelamatkan nyawa Laila.

Jangan lupa saksikan filem Don Dukun yang bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.

Don Dukun menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Datuk Yusof Haslam, Sangeeta, Marsha Milan, Elly Arifin, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ”Dulu Tangkap Polis, Sekarang Jadi Dukun” - Ramai Tak Sabar Nak Tengok Sisi Lain Zul Ariffin Dalam Don Dukun

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kena Tipu, Bertentangan Dengan Akidah…. Sudah Tiba Masa Bomoh Dan Dukun Didakwa

ARTIKEL BERKAITAN: Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

#Filem #Zul Ariffin #Komedi #peminat #Trailer #Ropie #Teruja #Don Dukun