Gaya Hidup

#Travelmana: Kidztopia Tarikan Baharu Di Toys"R"Us, Harga Pun Mampu Milik!

gempak
Amri Hassan
07/10/2024
18:28 MYT
Sponsor Banner
#Travelmana: Kidztopia Tarikan Baharu Di Toys"R"Us, Harga Pun Mampu Milik!
Selaras dengan usaha transformasi berterusan di seluruh rantau Asia, Toys“R”Us Malaysia telah membuka kedai perdananya dengan rasmi di Mid Valley Megamall.
Kedai perdana terbaharu yang telah diubah suai dengan terperinci ini dijangka dapat menawan hati semua peringkat umur dengan pelbagai koleksi mainan yang ditawarkan.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Toys“R”Us Asia, Leo Tsoi, Toys“R”Us turut memperkenalkan Konsep Toy+Play (Mainan+Bermain) yang inovatif dengan membawakan taman permainan tertutup yang dinanti-nantikan dari Singapura – Kiztopia ke Malaysia.
“Di Toys“R”Us Asia, kami komited untuk mencetuskan inspirasi dan memupuk generasi akan datang. Sebagai susulan kepada kejayaan kerjasama kami bersama Kiztopia di Singapura, kami merasa teruja untuk meluaskan kerjasama ini ke Malaysia dan memperkenalkan konsep Toy+Play kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa yang berjiwa muda. (kidults).
"Kami berharap agar lebih ramai keluarga dapat menikmati cara baharu untuk bermain bersama,” katanya.
Kiztopia Club turut diperkenalkan sebagai sebuah jenama Kiztopia yang dibuka di dalam kedai yang berkeluasan 5,500 kaki persegi, dilengkapi 18 kawasan permainan termasuk gelongsor, lubuk bola, gelanggang inflatable, trampolin, dinding memanjat dan bilik permainan peranan (role-play).
Diskaun sebanyak 15 peratus diberikan sebagai promosi pembukaan Kiztopia Club bagi Tiket Kemasukan Sekali serta diskaun 10 peratus untuk Pos Kemasukan 10 kali dan Pas Tahunan yang sah sehingga 20 Oktober ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kiztopia, Heidi Tian berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan Toys“R”Us Asia dalam melancarkan kedai perdana Toy+Play sulung mereka di Malaysia dan memperkenalkan kedai Kiztopia pertama di negara sini.
“Sebagai sebuah syarikat pemilik harta intelek (IP) berdaftar di Singapura dengan 15 cawangan di lima negara, kami berdedikasi untuk menjadikan pengalaman edutainment inovatif kami lebih mudah diakses oleh keluarga di seluruh Asia.
“Perkongsian ini mewakili satu langkah besar ke hadapan dalam misi kami dan menekankan komitmen kami untuk mengembangkan kehadiran kami di Malaysia sambil meningkatkan hubungan kekeluargaan melalui pengalaman unik kami,” katanya.
Toys“R”Us telah membuka kedai pertamanya di Malaysia pada 2005 dan sejak itu, ia telah menjadi destinasi tumpuan utama keluarga dan juga kanak-kanak.
Kedai perdana ini menandakan satu kejayaan penting yang mana aktiviti bermain digabungkan dengan pembelajaran di sebuah kedai yang menampilkan reka bentuk generasi baharu berestetik moden dan visual penyusunan produk yang lebih menarik.
Kedai perdana ini menampilkan bahagian utama khas yang dinamakan “Toy Valley” yang mana mainan terlaris pada musim terkini dipamerkan untuk menarik para pelanggan.
Para pengunjung pasti tertarik dengan 10 kit model Gundam pemenang anugerah yang direka dengan terperinci oleh juara Piala Dunia Pembina GUNPLA (GUNPLA Builders World Cup) yang dipamerkan untuk meraikan pembukaan kedai perdana ini.
Para pencinta mainan juga akan teruja apabila menyaksikan sendiri patung bersaiz sebenar termasuk Ultraman, Transformers, Iron Man, Batman, LOL dan Gabby’s Dollhouse kegemaran mereka sambil menerokai dengan bebas ruang kedai yang dipenuhi pelbagai jenis mainan berinovasi dan juga tarikan yang disediakan.
Antara promosi pembukaan ialah pemberian baucar RM10 percuma kepada 100 ahli kad Star Toys “R” Us pertama selain hadiah dengan pembelian eksklusif bagi jenama Hot Wheels, Lego, Gundam, Beyblade, Tomica, Nerf dan Pokemon selagi stok masih ada.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024