Rumah hobbit yang terkenal dalam filem The Lord of The Rings menjadi tarikan terbaru di Zoo Mini Taman Teruntum, Kuatan apabila ia dibuka semula kepada pengunjung.

Menerusi laman sosial Twitter, tular ciapan seorang pengguna yang dikenali sebagai Sarini Zainal dimana dia berkongsi foto-foto menarik sewaktu kunjungannya ke Taman Teruntum.

Mini Zoo Taman Teruntum telah ditransformasikan dan berubah wajah menjadi sebuah zoo hibrid pertama di Malaysia.

Walaupun begitu, rumah hobbit ini tidak boleh dimasuki dan hanya boleh bergambar atau berswafoto di luar sahaja.

Selain rumah hobbit, antara tarikan lain yang ada di sini adalah taman dinasour yang pastu mengujakan kanak-kanak.

Mini Zoo Taman Teruntum bukan sahaja mempamerkan haiwan sebenar, terdapat juga haiwan yang sudah pupus dan prasejarah untuk tatapan para pengunjung.

Antara haiwan yang terdapat di Mini Zoo Teruntum ini adalah seperti Seladang, Ular, Arnab, Buaya, Kuda Padi, Burung Enggang, Rusa, Burung Unta, Burung Merak dan banyak lagi.

Menerusi perkongsian Sarini lagi, selesai berkunjung ke Taman Teruntum, anda boleh singgah bermandi-manda di pantai Taman Gelora yang terletak hanya seberang jalan dengan zoo terbabit.

Luas keseluruhan kawasan zoo ini kira-kira 4.4 hektar dan hanya 30% daripadanya dikekalkan untuk haiwan hidup manakala selebihnya telah diubah suai untuk menempatkan tarikan lain seperti edu-pelancongan.

Harga tiket:

Dewasa: RM25
Kanak-kanak: RM22


Kredit foto: Twitter @sarinizainal