Hiburan
Trending Di Twitter, Peminat Gelarkan Da'i Syed Sebagai Zayn Malik Malaysia!
Nama Da'i Syed terus menjadi sebutan ramai di media sosial terutamanya Twitter.
Baru-baru ini, Da'i Syed trending menerusi #StandWithDaiSyed sebagai sokongan sebahagian peminatnya yang bersimpati dengan nasib menimpa pendakwah selebriti itu.
Tanda pagar sama digunakan oleh peminat tegar K-Pop untuk mempromosikan selebriti kesayangan mereka di Twitter.
Hari ini pula, trending pula #ZaynMalik apabila ada segelintir peminat Da'i Syed menyamakan pendakwah itu sebagai Zayn Malik Malaysia.
Hal itu sepertimana kata peminat di Twitter kerana Da'i Syed memiliki wajah iras bintang antarabangsa itu.
Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Da'i Syed sebagai Zayn Malik Malaysia dengan anggapan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang persamaan pun.
"Panasnya bila ada orang samakan Da'i Syed dengan Zayn Malik," tulis salah seorang pengguna.
"Siapa yang samakan muka Da'i Syed dengan Zayn Malik patut periksa mata," tambah pengguna lain pula.
"Aku perhati je peminat Da'i Syed tu, ada yang compare dengan Nabi Yusuf, ada yang kata macam Zayn Malik, ada yang salahkan mangsa, ada yang kata fitnah, apa yang Da'i tu dah buat sampai macam tu sekali orang sokong dia sampai kadang aku rasa kesian dengan pentaksub ni," komen pengguna lain.
Da'i Syed kini masih ditahan reman untuk membantu siasatan.
Kontroversi membabitkan bekas peserta Aksi Asia 2018 ini tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik kisah rakannya yang didakwa dirogol oleh seorang lelaki bergelar pendakwah.
Walau bagaimanapun, Da'i Syed menafikan hal tersebut dan melantik peguam untuk mewakili dirinya.
Must-Watch Video