Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Tauke mengakui kejayaannya merangkul trofi Gempak Man of The Match (GMOTM) di minggu kelima merupakan hadiah untuk rakan baiknya iaitu Allahyarham pelawak Yusry Edoo atau Pak Yus.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, berkata, kemenangannya pada minggu ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakukan persembahan lebih baik meskipun tidak bersama kumpulan Jambu.
"Setelah beberapa tahun penantian saya untuk mendapatkan trofi ini akhirnya ia berjaya menjadi milik saya.
"Ini sebenarnya merupakan hadiah kepada arwah Pak Yus kerana dia merupakan semangat untuk saya terus berada di atas pentas MLM 2017.
"Jika arwah masih hidup mesti dia berbangga dengan pencapaian dan kemenangan saya pada malam ini.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang mengundi kerana tanpa mereka mungkin impian ini tidak akan tercapai," katanya kepada Astro Gempak.
Undian GMOTM boleh dilakukan secara online di laman web MAHARAJA LAWAK MEGA.
Sementara itu satu-satunya peserta solo, Danial, telah tersingkir pada minggu kelima malam tadi (Jumaat), yang bertemakan Pekerjaan Luar Biasa.
MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Keputusan Gempak Man Of The Match Minggu Kelima
1. Tauke : 42%
2. Ajak Shiro : 38%
3. Dzawin : 2%
4. Abam Bocey : 1%
5. Fad Bocey : 1%
6. Mamak Puteh : 1%
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Sat Mar 18 2017
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!