Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini atas pelbagai tuduhan rasuah dan bersubahat.

Menurut sumber, kedua-dua individu berusia 59 dan 41 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah pagi tadi sebelum dibebaskan selepas kenyataan mereka diambil.

“Ahli parlimen tersebut dijangka menghadapi tiga tuduhan rasuah manakala isterinya menghadapi tuduhan bersubahat.

“Kedua-duanya akan didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd. Ghani ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung tangkapan itu dalam masa terdekat.

Sumber: Utusan Online