,
Laman Utama

“Tuhan Gantikan Dengan Yang Mirip” - Ifan Seventeen Temui Pengganti, Wajah Kekasih Sama Seperti Arwah Isteri

Azwa Rahman
13/01/2021
23:00 MYT
Bekas vokalis kumpulan Seventeen, Ifan mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sekeping foto bersama kekasih hati yang begitu mirip dengan arwah isterinya, Dylan Sahara.
Menerusi laman sosial Instagram, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah memuat naik momen bahagia itu bersama cinta hati yang merupakan bekas rakan sekolahnya, Citra Monica.
“Yang aku tau kita saling bertemu dalam keadaan yang sama-sama tidak mudah. Btw, kamu berhasil mengumpulkan hatiku yang sudah jadi serpihan kecil, hal yang tidak mungkin mampu aku lakukan sendiri,” tulis Ifan menerusi ruangan kapsyen.
Citra Monica juga adalah wanita yang pernah 'ditangkap basah' bersama Ifan dalam sebuah apartment oleh suaminya sendiri pada tahun lalu.
Hasil tinjauan Gempak, rata-rata wargamaya menyamakan wajah teman wanita terbarunya itu sangat mirip dengan Dylan.
Malah, ramai yang sudah tidak sabar untuk pasangan ini mendirikan rumah tangga.
Tuhan punya kuasa, diganti dengan yang mirip, hadiah kerana Ifan sentiasa sabar dan penuh reda,” ucap seorang wargamaya
Ditunggu undangannya guys,” komen seorang wargamaya.
Mirip macam Dylan, cantik masya-Allah,” puji seorang wargamaya.
Mengingatkan saya kepada Dylan yang telah tiada, menemani sang suami bekerja setia mendampingi, sampai ajal menjemput. Kak Dylan semoga tenang si sana,” kata seorang wargamaya.
Kebetulan ya mirip. Tetap kak Dylan perempuan terbaik di hati Ifan,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 223,000 tanda suka daripada wargamaya.
Imbas kembali, Dylan Sahara menjadi mangsa tsunami Selat Sunda pada 22 Disember 2018.
Bukan sahaja kehilangan isteri kesayangan, semua anggota Seventeen turut maut dalam tragedi Tsunami ketika mereka sedang membuat persembahan di atas pentas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Indonesian Music Festival Satukan Ifan Seventeen, Marcello Tahitoe & Kotak! Axita Arena Bakal Jadi Saksi

gempak
30/06/2024
12:32 MYT
Memenuhi hasrat ramai, Indonesian Music Festival yang akan berlangsung pada 24 Ogos di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bakal menyatukan kumpulan Kotak, Ifan Seventeen dan Marcello Tahitoe!
Laman Utama

"Alangkah Indah Jika Semua Ada..." - Ifan Seventeen Abadikan Kenangan Tragedi Tsunami Dalam Konsert Memori Terindah 2023

gempak
16/09/2023
05:50 MYT
Apakah kenangan atau memori terindah yang pernah anda dapatkan dalam tahun ini?
Laman Utama

“Embrio Tidak Berkembang Dengan Baik” - Ujian IVF Isteri Ifan Seventeen Gagal

gempak
29/07/2021
09:29 MYT
Semoga ada rezeki yang lebih baik.
Laman Utama

Ifan Seventeen Jalani Prosedur Bayi Tabung Uji Kerana Ada Masalah Kesihatan?

gempak
06/07/2021
00:31 MYT
Seronok Ifan tengok proses...
Laman Utama

Blog Indonesia Dakwa Ifan Seventeen Meninggal Dunia?

gempak
16/06/2021
06:50 MYT
Fitnah tu..