Selepas melakukan ujibakat di seluruh negara, akhirnya tujuh remaja berbakat besar telah dipilih sebagai Mousekeeters pertama Malaysia.
Mereka adalah Charis, 26, yang bertindak selaku ketua pasukan Mousekeeters, Dheena, 13, Erissa, 14, Wafiy, 15 dan Gabriel, 16. Tidak ketinggalan dua pemenang Club Mickey Mouse Star Search, Faiz, 15 dan Natasya, 14.
Buat pertama kalinya, mereka bakal mengendalikan program Club Mickey Mouse yang pertama di Asia Tenggara.
Pengurus Besar merangkap Naib Presiden Rangkaian Media The Walt Disney Asia Tenggara, Amit Malhotra berkata berbangga kerana Malaysia negara pertama yang mewakili Asia Tenggara mengendalikan rancangan ikonik itu.
“Kami amat bangga dengan Mouseketeers kami yang sangat berbakat ini.
"Malah tidak sabar untuk memperkenalkan mereka kepada kanak-kanak dan seisi keluarga mereka di Malaysia.
“Selain itu, kami gembira dapat membawa rancangan ikonik ini ke Asia Tenggara dan Malaysia sebagai negara pertama yang akan menikmati rancangan yang diolah semula dan disesuaikan khusus untuk rakyat Malaysia," katanya kepada Astro Gempak.
Rancangan Mickey Mouse Club dimulakan oleh Walt Disney pada tahun 1955, yang berasal dari Amerika Syarikat.
Kini rancangan itu diperbaharui dan diperkenalkan sebagai program digital pertama Club Mickey Mouse.
Bintang ternama antarabangsa yang bakatnya dicungkil menerusi program ini terdiri daripada Britney Spears, Christina Aguilera, Justin Timberlake dan ramai lagi.
Club Mickey Mouse sebuah rancangan yang menghiburkan menerusi persembahan muzik, komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti.
Antara selebriti yang akan dijemput termasuklah aktres Nur Fazura, aktor dan penyanyi Fattah Amin, dan rapper hip-hop Joe Flizzow.
Menerusi 13 episod, setiap minggu penonton dihidangkan dengan pelbagai topik yang berbeza, lagu dan langkah tarian yang kreatif, permainan menarik serta artis jemputan yang mewakili pelbagai bidang.
Program ini akan menemui penonton setiap Jumaat bermula 15 September ini, jam 1.30 petang di Disney Channel (Astro Ch 615) selain boleh ditonton melalui Astro GO dan On Demand.
Pelanggan juga boleh menyaksikan tayangan perdana Club Mickey Mouse di Disney XD (Astro Ch 617) dan Disney Junior (Astro Ch 613).
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Tue Sep 12 2017
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.