gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Pertikai Kemenangan Daiyan Trisha - “Ada Drama Dia Yang Viral Ke?”
HIBURAN
Faradhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah - “Saya Pernah Dibaling..."
HIBURAN
“Selagi Siti Nurhaliza Tidak Mengeluh Penat, Kita Di Bawah Jangan Kata Penat” - Hael Husaini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Tular Beri Nasi ‘Tulang Ayam’ Pada Gelandangan, Tiga Remaja Dakwa Hanya Lakukan Eksperimen Sosial - “Kami Mohon Maaf…”

Umirah Halim
Umirah Halim
05/08/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
Tular Beri Nasi ‘Tulang Ayam’ Pada Gelandangan, Tiga Remaja Dakwa Hanya Lakukan Eksperimen Sosial - “Kami Mohon Maaf…”
Sepotong video memaparkan tiga remaja yang didakwa memberi nasi bersama sisa tulang ayam kepada seorang gelandangan mengundang kecaman netizen baru-baru ini.
Bagaimanapun, menerusi satu hantaran di media sosial, salah seorang remaja terlibat tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa video yang dirakam sebenarnya merupakan kandungan berbentuk eksperimen sosial dan telah mendapat persetujuan daripada lelaki gelandangan itu.
“Saya ingin beri penjelasan berkenaan insiden tulang ayam. Disebabkan video itu, orang ramai menyangka kami beri makan tulang ayam kepada gelandangan tersebut.
“Kami tidak berikan tulang ayam kepadanya untuk dimakan. Pada mulanya kami ikut lelaki itu, dan kemudiannya berikan set lengkap nasi dan dua ketul ayam. Ia sebenarnya sebahagian dari pembikinan video,” jelasnya.
Mengulas lanjut, remaja terbabit memaklumkan bahawa objektif asal mereka adalah untuk membantu komuniti dan memberi kesedaran kepada masyarakat.
“Lelaki itu bersetuju untuk berlakon bersama kami. Kami rakam video tersebut dan memang betul-betul beri nasi lengkap dengan ayam, bukannya nasi bersama tulang.
“Kami mohon maaf kepada semua. Kami harap orang ramai beri peluang kepada kami untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan berjanji akan buat lebih banyak perkara baik selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan terhadap kandungan video terbabit berdasarkan aduan orang ramai.
Jelas MCMC, pihaknya memandang serius terhadap mana-mana pihak yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk tujuan hiburan murahan atau menjana tontonan.
“Penyebaran kandungan yang merendahkan maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah boleh mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.
“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, video berdurasi kurang seminit tular memaparkan tiga remaja sedang menikmati ayam goreng sebelum memasukkan sisa tulang ke dalam bungkusan nasi dan menyerahkannya kepada lelaki gelandangan tersebut.
Wajah gelandangan berkenaan yang kelihatan terkejut selepas membuka bungkusan itu menimbulkan kemarahan netizen, biarpun lelaki itu tetap mengucapkan terima kasih kepada pemberi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement