VIRAL
Tular Detik Cemas Bangunan Runtuh Di Bangkok Selepas Gempa Bumi Kuat Melanda Myanmar Sempat Dirakam
Sepotong video tular merakamkan orang awam berdepan detik cemas apabila sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan di Bangkok, Thailand runtuh selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Thailand dan negara jiran, Myanmar, tengah hari Jumaat.
Bangunan runtuh
Video tersebut jelas menunjukkan bangunan bertingkat dengan kren di atasnya rebah ke tanah, diselubungi debu tebal, sementara orang ramai menjerit dan berlari menyelamatkan diri.
Paling menakutkan apabila bangunan pencakar langit yang masih dalam pembinaan itu runtuh sepenuhnya.
Runtuhan itu dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya 43 individu hilang dalam insiden tersebut.
Penduduk yang dipindahkan di sekitar Bangkok dinasihatkan supaya kekal berada di luar bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut laporan awal, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman cetek sekitar 10 kilometer dengan pusat gempa di Myanmar.
Bagaimanapun, laporan lebih terperinci mengenai kerosakan di Myanmar masih belum diperoleh.
Must-Watch Video