Laman Utama

Tular Netizen Dedah Perangai Kekwat, Biadap Pengurus Khairul Aming - “Manager Tokti Pun Tak Kekwat Macam Kau”

Izwan Isa
09/09/2022
01:50 MYT
Semalam, kecoh di laman Twitter apabila seorang individu mendedahkan perangai ‘biadap’ dan ‘lebih sudu daripada kuah’ pembantu peribadi kepada selebriti media sosial, Khairul Aming.
Menerusi satu rangkaian ciapan, individu berkenaan menyifatkan pembantu peribadi pengsohor yang kerap berkongsi video-video masakan itu sebagai terlalu sombong ketika ingin berurusan dengannya.
“Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA (manager) kekwat kepada influencer ‘Hey Whats Up Guys’ ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.
“Kekwat nak mamp*s. Aku contact manager Tokti pun tak kekwat macam kau.
“Aku dah fed up. Aku pun cakap lah: ‘Boleh tak saya nak cakap dengan influencer tu terus?’
“Pastu PA puaka tu cakap: ‘Haa apa-apa berkenaan influencer tersebut awak mesti melalui saya ye. Takpe ya kami tak berminat. Sebab kami pun busy nk shoot video lagi…’,” tulis individu berkenaan.
Susulan daripada itu, ramai yang berkongsi pengalaman berurusan dengan pengurus pempengaruh tersebut yang rata-rata mencetuskan rasa kurang enak.
“It’s true. Sis kena awal tahun hari tu, kalau tak boleh review cakap je elok-elok. Siap cakap: ‘Who are you? Terus nak cari Khairul Aming. Kalau you baru start, better you cari yang level-level you je. You mampu ke nak taja kita orang semua?’
“What the. Aih menyesal sampai sekarang zis call,” ujar seorang netizen yang pernah berurusan dengannya.
Selain itu, terdapat juga yang meluahkan perasaan apabila diberikan jawapan yang agak ‘sombong’ apabila diusulkan untuk bekerjasama.
“The PA pernah cakap: ‘Kita orang dah lima tahun build this brand, takkan sesuka hati nak collab dengan brand-brand yang you-know-what-i-mean’. Yer sis setempek I kena,” ujarnya.
Berikutan luahan-luahan perasaan yang dikongsikan tular, Khairul Aming akhirnya memberikan respons.
“Thank you for the feedback. Saya mohon maaf untuk pengalaman buruk yang anda alami dengan pengurus saya. Saya terlepas pandang sebab saya bahagikan semua hal-hal komunikasi clients kepada dia. Saya sendiri akan sambung semak pertanyaan-pertanyaan lain dan akan uruskan hal ini secepat mungkin,” ciapnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazura, Beto Kusyairy Puji Usaha Sofyank & Khairul Aming Beri Kesedaran Tentang Palestin - “Well Done Boys”

gempak
24/05/2024
12:55 MYT
Gabungan kolaborasi pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan pencipta kandungan digital, Sofyank meraih perhatian ramai apabila menghasilkan video infografik bagi menerangkan tentang isu Gaza dan Rafah.
Viral

Didakwa Dendeng Nyet Berapi Tak Sedap, Ramai Back Up Khairul Aming - “Benda Ni Ikut Tekak Masing-Masing”

gempak
16/04/2024
04:55 MYT
Cita rasa masing-masing, subjektif gitu.
Terkini

Individu ‘Menyamar’ Jadi Staff & Siap Dedah Jumlah Bonus Diterima, Khairul Aming - “Faham Nak Bergurau, Tapi…”

gempak
04/04/2024
03:55 MYT
Seorang pengguna platform X yang ‘mendedahkan’ jumlah duit raya yang diberikan oleh Khairul Aming kepada kakitangannya.
Viral

Khairul Aming Tutup Kilang, Siap Belanja Staff Barang Dapur & Bagi Duit Raya! Netizen Kagum - “Patutlah Murah Rezeki”

gempak
02/04/2024
20:55 MYT
Patutlah Khairul Aming sentiasa murah rezeki.
Viral

Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”

gempak
20/03/2024
03:55 MYT
Makan tak salah, tapi kesihatan kena jaga