Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

Mya Amri
02/09/2024 00:55 MYT
Kisah pendakwah selebriti, Da’i Syed yang dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan akibat merogol ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.


Hana jadi tumpuan netizen


Tidak hanya Syed, isterinya iaitu pengacara, Hana Ismail juga turut terkena tempias dan menjadi perhatian netizen.

Terbaru, tular sebuah video di TikTok yang merakamkan momen Syed sedang tersenyum manis sambil membetulkan tudung isterinya menjadi perbualan netizen.

Lebih-lebih lagi video tersebut disertakan dengan ayat dipercayai ditulis oleh pemilik akaun tersebut.
undefined
Bagaimanapun, akaun tersebut bukanlah akaun TikTok milik Hana, tetapi berkemungkinan diwujudkan oleh netizen untuk berkongsi klip klip menarik pasangan itu.

Setakat ini akaun itu hanya mempunyai 24 hantaran yang kesemuanya dimuat naik sejak dua hari lalu.

Setiap hantaran disertakan dengan kata-kata semangat buat Hana supaya tabah berdepan dengan dugaan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN:Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

ARTIKEL BERKAITAN:Belum Reda Isu Rogol, Wanita Dedah Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sarat Mengandung, Siap Ajak Ikut Pergi Dubai?

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Da'i Syed Reda Suami Terima Hukuman Penjara 10 Tahun - "Saya Dengan Rendah Diri Memohon Doa..."

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan


Undang pelbagai reaksi netizen


Sementara itu di ruangan komen juga, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat Hana yang sedang menjalani proses berpantang.

Antara komen yang diterima adalah:







Untuk info, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Bernama Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos lalu.

#Viral #Netizen #Penjara #Tular #Rogol #Hukuman #Dai Syed #Hana Ismail #Syed Iqmal