Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tular Video Peras Ugut Wang Warga Asing, Dua Anggota Polis Ditahan Reman

Gempak
30/07/2024 04:55 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua anggotanya kerana dipercayai melakukan pemerasan ke atas seorang lelaki warga asing di Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor.

Video Tular

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya ada menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga asing berhubung video tular memaparkan kejadian pemerasan wang oleh dua anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Beliau berkata, hasil semakan video yang tular tersebut, ia membawa kepada penahanan dua anggota polis dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

"Kedua-dua suspek direman dua hari bermula Isnin bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siasatan Tanpa Kompromi

Tegas beliau, polis kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana-mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah yang didapati terlibat dalam kesalahan jenayah.

Menurut beliau, siasatan akan dijalankan sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Tingkatan 1 Viral Pandu Viva Siap Bawa Penumpang Usia 6 Tahun, Polis Sedang Kesan Ibu & Bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Silap, Justin Timberlake Tak Mabuk Sewaktu Memandu

ARTIKEL BERKAITAN: Video Tular Serangan Balai Polis Hanya Latihan Simulasi

Sumber: Sinar Harian

#Ditahan #Polis #Reman #Warga Asing #Anggota #Peras Ugut