Laman Utama

Tular Video Sajat Bersumpah Atas Nama Ibu Bapa Mahu Tinggalkan Islam, Wargamaya Doakan Diberi Hidayah

gempak
Fiza Kamarudin
02/03/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
Tular Video Sajat Bersumpah Atas Nama Ibu Bapa Mahu Tinggalkan Islam, Wargamaya Doakan Diberi Hidayah
Sejak Ahad lalu, tular sepotong video pengakuan bersumpah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat, mahu meninggalkan agama Islam.
Di laman sosial video usahawan kosmetik berusia 36 tahun itu mengundang reaksi berbeza orang ramai, termasuk yang mendakwa Sajat sedang bersandiwara.
Apatah lagi dia yang didakwa menghilangkan diri sejak seminggu lalu kini masih dalam buruan pihak berkuasa.
Ada juga yang menasihati wargamaya lain supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Sajat sebaliknya mendoakan agar usahawan itu diberikan hidayah.
Menerusi video berdurasi 1 minit 48 minit yang tular tersebut Sajat kelihatan seperti sedang kecewa dan berputus asa.
"Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.
"Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.
"Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).
"Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.
"Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.
"Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam...dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar...bukan.
"Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.
"Rupa-rupanya...tak tahulah," katanya.
Pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik itu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.
Bagaimanapun menurut sumber Harian Metro, Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah terbabit.
Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan Jais.
Menurut sumber, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.
Dalam pada itu polis Selangor juga bersedia bekerjasama dan membantu Jais mengesan Nur Sajat.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia membantu Jais mengesan Nur Sajat yang menghilangkan diri, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, Jais dan Polis Selangor sentiasa bekerjasama bukan sahaja dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sebaliknya dalam semua perkara.
"Jais akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menguatkuasakan segala undang-undang termasuk berkaitan kes terbabit," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live