Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

Gempak
07/09/2024 02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.

Pusingan pertama bermula menyaksikan kedua-dua pesaing mempamerkan ketenangan mengatur langkah dalam melakukan serangan.

Saling bertukar serangan, Jojo kerap kali melakukan serangan sehingga menjatuhkan lawan sebelum melakukan tumbukan terakhir sebelum tamat pusingan pertama dalam tempoh sekitar tiga minit sekaligus menyaksikan lawan dari Mexico itu gagal untuk meneruskan pertarungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu Di Amerika Syarikat, Ready Masuk Gelanggang Esok!

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Busana Tradisional Ketika Ditemu Bual, Ramai Yang Cair Lihat Jojo Ghazali Segak Berbaju Melayu


Kemenangan tersebut menyaksikan Jojo memperoleh bonus daripada One FC bernilai ASD50,000 (RM216,874).

Petinju Muay Thai Malaysia itu membuat penampilan sulung dengan menumbangkan Padetsuk Fairtex dalam tempoh 16 saat sebelum meraih tiga lagi kemenangan menerusi KO, termasuk kemenangan dalam tempoh 36 saat ke atas Juara WBC Muay Thai, Edgar Tabares.

Kini berjaya memperoleh kemenangan, sudah pasti ia bakal meningkatkan lagi keyakinan petinju muay thai Malaysia itu memburu kejayaan pada masa akan datang!

Tahniah Jojo! Tahniah Malaysia!

Sumber: Astro Arena

#Malaysia #Jojo Ghazali #One FC 168