Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

Gempak
10/07/2024 04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Sementara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula akan menyambut hari lahir ke-98 tahun pada 12 Julai ini.

Mereka mempunyai tujuh anak, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

BERITA TRENDING: Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

BERITA TRENDING: Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah

Dalam beberapa wawancara dengan akhbar, Dr Mahathir mendedahkan rahsia mempunyai kesihatan yang baik ialah dengan bersederhana dalam pengambilan makanan dan melakukan senaman rutin.

Beliau pernah menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia pada 16 Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun.

Beliau kemudian meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Bagaimanapun pada 2016, Dr Mahathir muncul kembali di alam politik apabila beliau menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menandingi Barisan Nasional (BN).

Pada 2018, dalam satu kejutan politik, Bersatu dan parti-parti bersekutunya, memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada usia 93 tahun ketika itu, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

BERITA TRENDING: Temubual Tun M Ketika Berusia 10 Tahun, Kashika Selvam Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

BERITA TRENDING: Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Kenali 9 Mantan PM Yang Pernah Memimpin Negara

#Viral #Hari Jadi #Perdana Menteri #Tun Mahathir #PM