Laman Utama

Temubual Tun M Ketika Berusia 10 Tahun, Kashika Selvam Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
Amri Hassan
09/05/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Temubual Tun M Ketika Berusia 10 Tahun, Kashika Selvam Diiktiraf Malaysia Book Of Records!
Pengacara remaja Kashika Selvam menerima sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sebagai pengacara televisyen termuda yang menemubual Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.
Merakamkan kenangan manis bersama MeleTOP, kata Kashika, 15, akui tidak menyangka menerima pengiktirafan terbabit.
"Memang bukan senang, masa itu saya tak faham langsung. Saya macam interview sajalah. Saya dapat panggilan kemungkinan akan temubual Tun M dan Tun Siti Hasmah. Ketika itu belum confirm.
"Bila dah confirm pun, saya hanya teruskan tugas saya.
"Tapi yang menariknya ketika itu ayah dan keluarga saya pula yang terkedu, seakan-akan tak percaya saya temubual Perdana Menteri Malaysia," katanya ketika hadir di MeleTOP pada Selasa.
Kashika menerima sijil terbabit dari wakil Malaysia Book Of Records, Edwin Teoh.
Mengimbau semula kenangan ketika mengemudi temubual itu, kata Kashika kedua-dua tokoh politik itu sangat mesra dan sesi terbabit menyeronokkan.
"Memang saya sangat enjoy ketika menemubual mereka dan mereka sangat friendly!
"Penghargaan ini susah nak dapat dan saya akan terus mencuba untuk mencapai impian lebih tinggi selepas ini," tambahnya.
Untuk rekod, Kashika menemubual figura hebat itu ketika usianya 10 tahun 4 bulan 4 hari.
Video temubual eksklusif berjudul Hello TUNs itu dibawakan secara istimewa oleh Gempak bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Tun M yang ke-93 pada 10 Julai 2018 dan sambutan hari jadi Tun Siti yang ke-92 (12 Julai 2018).
Ia dimuatnaik pada 10 Julai 2018 dan video terbabit meraih jutaan tontonan di laman Facebook Astro Gempak.
Jom tonton semula video temubual Kashika bersama Tun M dan Tun Siti Hasmah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024