Laman Utama

Tun S Samy Vellu Meninggal Dunia, Ini Fakta-Fakta Menarik Yang Dekat Di Hati Rakyat

Maliah Surip
15/09/2022
05:16 MYT
Negara hari ini menerima khabar duka apabila bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia.
Beliau dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, di sini, kira-kira jam 8 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi.
Difahamkan, mendiang meninggal dunia ketika dalam tidur.
Selain terkenal sebagai bekas Presiden MIC yang memegang tampuk pimpinan tersebut dalam tempoh jangka yang sangat lama iaitu dari 12 Oktober 1979 sehingga 6 Disember 2010, Tun S Samy Vellu juga merupakan seorang menteri yang cukup popular dalam kalangan rakyat.
Ini terutamanya apabila mendiang yang pernah memegang jawatan Menteri Kerja Raya sebanyak dua kali termasuk dari Jun 1983 sehingga 1989 dan dari Mei 1995 sehingga Mac 2008 kerap memberi ucapan dalam bahasa Melayu.
Meski terkadang pengucapan atau penggunaan bahasa Melayunya sering memberi salah makna lantas dipersenda rakyat, termasuk salah satu ucapan alu aluan selamat datang sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput iaitu ‘Selamat datang saudara mara semua’ (yang sepatutnya disebut saudara saudari), namun Tun S Samy Vellu tetap ‘cool’.

Berikut beberapa fakta ringkas mengenai Tun S Samy Vellu.

1- Tun S Samy Vellu merupakan anak yang lahir dari keluarga India miskin yang bekerja di estet. Bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor.
2- Pernah bekerja sebagai konduktor bas di GTC Bus Company sebelum menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek.
3- Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina dan berjaya bergelar arkitek sebelum menceburi bidang politik pada usia 23 tahun.
4- Mendiang meninggalkan seorang isteri Toh Puan Indrani Samy Vellu (isteri kedua), dua orang anak iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.
5- Memiliki buku biografi dengan judul A Life. A Legend. A Legacy yang ditulis oleh penulis berprolifik, Bernice Narayanan. Buku tersebut menceritakan tentang kehidupan, perjalanan dan jatuh bangun beliau dalam dunia politik lebih 50 tahun.
Sumber: Wikipedia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Berdarah Campuran Thailand-Belanda, Peluk Islam Sebelum Kahwin, Ini 7 Fakta Mengenai Dali Wassink

gempak
23/07/2024
08:27 MYT
Siapakah Dali Wassink? Berikut merupakan beberapa fakta mengenai lelaki yang pernah bergelar suami kepada pelakon Jennifer Coppen itu
Terkini

Mahu Melancong Dengan Mudah? Jom Baca 5 Fakta Tentang Aplikasi Journify Holidays

gempak
04/07/2024
18:00 MYT
Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan pelancaran aplikasi percutian, Journify Holidays yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Julai 2024 di Lot 10 Bukit Bintang.
Hiburan

Banglo Dirobohkan Jadi Tumpuan, Dari Juara Tilawah Al-Quran Allahyarham Sharifah Aini Jadi Permata Seni Negara

gempak
03/07/2024
11:48 MYT
Saat ini antara berita berkaitan hiburan yang menjadi perhatian adalah kediaman yang pernah menjadi milik Allahyarham Biduanita Sharifah Aini dirobohkan pihak pemaju selepas banglo tersebut dijual oleh anaknya, Aliff Omar Ali, 42.
Hiburan

Didakwa Miliki 500 Unit Rumah Mewah, Siapa Rey Utami Artis Terkaya Indonesia 2024?

gempak
11/06/2024
08:50 MYT
Indonesia Artist Watch baru-baru ini mengeluarkan senarai Artis Terkaya Indonesia untuk tahun 2024.
Hiburan

Belasungkawa: Jadi Rujukan, Allahyarham HUZZ Sempat Kenang Minta BMG Isi 10 Kali Lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta Dalam Kaset

gempak
08/06/2024
11:34 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Huzz.