Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Tunai Umrah, Bersederhanalah...Bukan Sekadar Bercuti”- Diana Amir

Syafiqah Jalal
20/12/2019 06:29 MYT
Pelakon dan pengacara, Diana Amir gembira dapat kembali ke tanah suci, Makkah selepas lapan tahun.
 
Baru pulang mengerjakan umrah bersama dua orang anaknya Khawlah Al Azwar, 4, dan Khadija Azzehra, 2, Diana bersyukur ibadahnya berjalan dengan lancar.
 
BACA: Diana Amir Pergi Umrah, Tinggalkan Suami, Anak Lelaki
 
Diana berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menurut Diana, mengerjakan umrah amat berbeza dengan bercuti kerana masa yang digunakan adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
 
“Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dapat jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, Diana bawa Khawlah dan Khadija dua anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah!
 
“Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Bukan sekadar bercuti, entah bila kita akan dijemput lagi... Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan redhaNya. .
 
“Diana suka, dalam pesawat ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari-hari dah kita tengok movie. 
 
“Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan?,” tulisnya.
 
Menerusi perkongsian itu, Diana juga memuat naik video perjalanan ketika mengerjakan umrah bersama anak-anaknya.
 
Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013.
 
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Khawlah Al Azwar, 4, Khadija Azzehra, 2, dan Muhammad Khalid Al Habib berusia setahun.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k? Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah! . . Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Bukan sekadar bercuti, entah bila kita akan dijemput lagi.. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan redhaNya. . . Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan? . . Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah, kalau nak pergi sama boleh contact @zuhudholiday k? #DianaxZuhudumrahdiary @zuhudholiday . . ? @anis.abu.bakar @nuna_malaysia #NunaPEPPNEXT . . ? Inteam Acoustic version , LabbaikAllah

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on

#pelakon #Diana Amir #Umrah #Pelakon #Bercuti