Pelakon Fauzi Nawawi tidak mahu memanjangkan lagi isu mengenai video bogel seorang lelaki miripnya dengan aksi melakukan onani yang tular sejak semalam.
Menurut Fauzi, dia bakal mengambil tindakan dengan membuat laporan polis supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.
BACA: Aiyo... Video Lucah 'Capmelan' Lelaki Mirip Artis Berstatus Suami Orang Pula Tular!
“Tak nak cakap panjang lagi, saya pun sudah beri kenyataan kepada media tadi.
“Jadi tunggu saya buat laporan dan cari orang yang tak bertanggungjawab itu,” katanya.
Fauzi dihubungi Astro Gempak selepas video lucah mirip pelakon itu tersebar sejak semalam.
Tambah suami kepada Lisdawati ini pihak yang tidak bertanggungjawab itu sengaja mahu menganiaya golongan selebriti sepertinya dan menjadikan ia sebagai profesion.
“Orang yang suka menganiaya golongan artis ini memang dah profesion mereka. Satu kepuasan untuk mereka kalau berjaya memalukan seseorang artis.
“Logik akal kalau fikir apa faedah yang mereka dapat? Dan mereka tak takut dengan undang-undang, maknanya mereka ini professional.
“Malah kalau kita layan kerja mereka kita boleh jadi gila. Jadi pedulikan sahaja dan buat laporan dan serah pada undang-undang,” katanya lagi.
Fauzi dan Lisda mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata dan Fauzi mempunyai 4 orang anak lagi dari perkahwinan terdahulu.
Syafiqah Jalal
Tue Jun 23 2020


Kuasa Penyejuk Level 7! Jenama #1 Terbaik Dunia Ini Boleh Rawat Mata Korang Yang Letih
Manjakan mata korang dengan Rohto Extra Cool Eye Drops!

Kekasih Bekas Pemain Bola Kebangsaan Dibelasah & Dicampak Ke Lantai, Ini Pula Cerita Dari Sumber Yang Dipercayai – “Memang Sering ‘Naik Tangan’ Bila…”
Ini Pula Cerita Dari Sumber Yang Dipercayai

Dapat 7A1, Neelofa Imbas Kenangan Ambil Result SPM 15 Tahun Lepas - "Ketika Tu Semua Tak Pandang Straight A Tapi Berapa A1?"
Bekas pelajar MRSM Langkawi

“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin
Lovenya kalau Aedy jadi KJ.

Murah Hati! Iman Troye Offer RM300 Kepada Pelajar SPM 2022! - "Mahu Beri Motivasi Supaya ..."
Tahniah buat semua pelajar SPM yang lulus cemerlang.

“Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha
Semoga cepat sembuh Zaquan Adha!

Hebat Dalam Mobilegraphy? Serlahkan Bakat Itu Dengan Sertai Zoom Into Malaysia, HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!
HUAWEI XMAGE Awards 2023 & Menangi HUAWEI P60 Pro Dan Banyak Lagi!

Kemalangan Jeremy Renner Buat Chris Hemsworth Fikir Tentang Mati
Chris Hemsworth mengaku kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangannya, Jeremy Renner telah mengubah cara pemikirannya.

“Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas” - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah
Kalau dah jodoh...

Anak Menteri Pendidikan Dapat 9A Dalam SPM
Tahniah!