Sejak kebelakangan ini, ramai antara kita dilihat sering menonjolkan bakat yang dimiliki menerusi pelantar media sosial.

Boleh dikatakan platform media sosial kini menjadi platform utama untuk menonjolkan bakat dan kemampuan dalam bidang pilihan masing-masing.

Baik menyanyi, menari, memasak, bertukang mahupun melukis, ada sahaja kandungan menarik yang dikongsikan oleh pengguna di alam maya. Kadang-kala, banyak cabaran yang terpaksa dilalui sewaktu melakukan sesuatu yang anda gemari.

Namun, jangan risau, dengan 100PLUS, ia dapat membantu anda memacu fizikal dan mental dalam melalui cabaran tersebut. Untuk anda yang berbakat besar, 100PLUS kini memberi peluang buat menonjolkan bakal dan merealisasikan impian anda!





Alang-alang berkongsi bakat untuk tatapan umum, apa kata sertai pertandingan Bakat+ MeleTOP dan rebut peluang untuk dimentor bersama selebriti popular seperti Duta 100PLUS Syafiq Kyle, rakan Selebriti 100PLUS Mimi Lana dan duta kempen, Nabil Ahmad.

Pasti banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang akan dikongsikan bersama sepanjang sesi mentor berkenaan.

Pemenang utama akan menerima hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 dan tablet pintar Samsung S6 Lite. Manakala, Top 11 pula bakal memenangi hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 dan Tablet Pintar Samsung S6 Lite.

Jom sertai Bakat+ MeleTOP! Caranya mudah sahaja:

- Muat naik video berdurasi 30 hingga 60 saat yang memperlihatkan bakat anda di platform Instagram. Jangan lupa, set kan akaun anda dalam mode ‘public’ dan pamerkan sebarang produk 100PLUS bersama video anda.
- Kemudian, menerusi ruangan kapsyen, tulis kapsyen anda dengan tanda pagar #100PLUSAME #BAKATPLUSMELETOP #BAKATYANGLEGEND @meleTOP.


Penyertaan dibuka bermula 5 Oktober 2021 dan berakhir pada pukul 11:59 malam, 31 Oktober 2021. Seramai 12 finalis yang berjaya akan diumumkan pada 2 November 2021.



Dalam masa yang sama, jangan lupa hidratkan diri anda dan jadikan minuman isotonik 100PLUS sebagai teman untuk mencetuskan lebih tenaga dan inspirasi dalam memberikan persembahan terbaik menerusi Bakat+ MeleTOP!

Untuk lebih informasi, layari https://100plus.com.my/ame2021.