Laman sosial Twitter akan menyerahkan kawalan akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat @POTUS kepada Joe Biden selepas beliau selesai mengangkat sumpah kelak.

Media tempatan melaporkan, akaun @POTUS itu merupakan akaun rasmi Presiden Amerika Syarikat dan ia berasingan dengan akaun @realDonaldTrump yang digunakan Presiden Donald Trump.

Selain akaun @POTUS, akaun rasmi White House lain termasuk @FLOTUS dan @PressSec akan diserahkan kepada Biden.

Twitter secara aktif bersiap sedia untuk menyokong peralihan akaun Twitter institusi White House pada 20 Januari 2021.

Ia sama seperti yang dilakukan untuk peralihan presiden pada 2017, dan proses ini dilakukan dalam rundingan rapat dengan Pentadbiran Arkib dan Rekod Nasional.


Sumber: Astro Awani