Laman Utama

Tya Ariffin Jawab Isu Video Behind The Scene ’Seksi’, Didakwa Sengaja Buat Gimik; “Ada Benda Yang Kita Boleh Kawal…”

Asyikin Mayudin
12/10/2022
05:55 MYT
Susulan tular video disebalik tabir produknya yang memaparkan aksi ’seksi’ baru-baru ini, usahawan dan pelakon Tya Ariffin menegaskan ia bukan gimik yang dilakukan oleh pihaknya.
Mengetahui isu mula tukar selepas beberapa hari, Tya bagaimanapun memahami kemungkinan individu yang berkongsi klip itu tidak mempunyai niat jahat.
Menyedari setiap tindakannya, pelakon berasal dari Indonesia itu berkata dia tidak mampu untuk mengawal apa yang dilakukan oleh pihak lain.
“Saya hanya mengenai video itu viral selepas sehari atau dua hari. Itu pun saya tahu daripada orang lain. Sebab saya ini jarang tengok laman sosial selepas post sesuatu.
“Selepas saya tahu, saya faham sebab ketika kita tengah shooting ada ramai pihak termasuk krew dari luar. Saya faham mungkin niat individu yang post itu tak jahat.
“Cuma mungkin beberapa klip yang dia ambil itu membuatkan orang buat spekulasi berbeza. Tapi saya berbalik kepada diri, saya tahu apa yang saya buat.
“Jadi, saya tak rasa emosi terganggu. Sebab saya percaya dalam dunia ini ada benda yang kita boleh kawal dan tak boleh. Yang dah kongsi itu pun saya tak boleh kawal,” katanya kepada Gempak.
Tya ditemui ketika majlis pelancaran program Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terdahulu, Tya menjelaskan video berkenaan telah disunting dan dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga mengundang perspektif buruk daripada netizen.
Menantu kepada penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza itu memberi penjelasan menerusi muat naik terbaharu di akaun TikTok miliknya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sepanjang Perkahwinan Saya Tak Ada Orang Lain,” - Raf Yaakob Mengaku Video Jumpa Pengganti Hanya Gimik

gempak
02/03/2024
02:51 MYT
Raf kata dia seorang yang setia.
Big Stage 2023

Apa Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Konsert Finale #BIGSTAGE5?

gempak
09/07/2023
09:44 MYT
Pejam celik dan finale Big Stage 5!
Laman Utama

"Tak Mungkin Saya Marah Kalau Tak Ada..."- Asyraf Khalid Jawab Tuduhan 'Rude' Dengan Pekerja Hotel

gempak
05/07/2023
02:30 MYT
Asyraf Khalid Jawab Tuduhan 'Rude' Dengan Pekerja Hotel
Laman Utama

Dituduh Acah-Acah Alim, Kurang Beradab Dengan Pekerja Hotel, Asyraf Khalid Jawab Dakwaan Netizen

gempak
03/07/2023
23:50 MYT
Tak baik buat tuduhan macam tu
Laman Utama

[VIDEO] “Mendudalah Aku Sampai Tua” - Bukan Tunang! Netizen Geli Hati, Rupanya Kena Game Dengan Sharnaaz

gempak
31/05/2023
07:50 MYT
Pandai eh Jebat berlakon sekali hahaha.