Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tyra Kamaruzzaman Bakal Timang Anak Perempuan - “It’s A Girl..”

Umirah Halim
17/09/2024 07:25 MYT

Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mengumumkan bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

Bakal timang anak perempuan

Pendedahan tersebut dibuat pemilik nama lengkap Athirah Kamaruzzaman,25, menerusi majlis ‘gender reveal’ bersama keluarga dan rakan-rakannya.

A post shared by Tyra Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)

“It’s a girl! MashaAllah, TabarakAllah, Alhamdulillah. Kami sangat gembira dapat meraikan hari istimewa ini bersama-sama dengan orang yang paling penting bagi kami.

“To Tyara sayang, awak sangat disayangi oleh semua orang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

BERITA TRENDING: Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat

​BERITA TRENDING: Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut,

​BERITA TRENDING: Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

​BERITA TRENDING: Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

“Tahniah, tak sabar nak tunggu minu Tyra.

“Congrats Tyra, seronok dress up nanti macam mummy dia.

“Tahniah, semoga sihat selalu Tyra,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Tyra pernah membatalkan majlis bertandang yang dirancangnya sebelum ini selepas mengetahui dirinya kini berbadan dua.

Menurutnya, agak membazir sekiranya majlis bertandang tersebut diteruskan kerana dia sedang hamil anak pertama.

Untuk rekod, Tyra sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal pada 3 Mei lalu di Ampang Boat House, Kuala Lumpur.

#Anak Sulung #Perempuan #Timang #Tyra #kamaruzzaman