Berita

UAE Benarkan Minum Arak & Pasangan Belum Berkahwin Tinggal Serumah

gempak
Amri Hassan
13/11/2020
04:20 MYT
Sponsor Banner
UAE Benarkan Minum Arak & Pasangan Belum Berkahwin Tinggal Serumah
Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini telah mengumumkan rombakan besar sistem undang-undang syariah di negara mereka.
Berdasarkan undang-undang baharu itu, negara tersebut membenarkan pengambilan minuman beralkohol selain membolehkan pasangan yang belum berkahwin tinggal serumah.
Memetik laporan portal berita UAE, The National, di bawah peraturan baharu ini, mereka yang mahu mengambil atau memiliki minuman keras perlu berusia sekurang-kurangnya 21 tahun dan sesiapa yang didapati menjual minuman berkenaan kepada pengguna bawah umur akan dikenakan hukuman.
Pengambilan minuman keras hanya boleh dilakukan di tempat tertutup atau lokasi awam berlesen.
Negara berkenaan mula menamatkan sistem lesen minuman keras untuk penduduk di UAE sejak September lalu.
Sebelum ini, pengguna perlu memiliki lesen untuk membeli atau memiliki minuman keras namun, peraturan baharu ini tidak lagi terpakai dan ia turut meliputi warga UAE.
Selain itu, buat pertama kalinya, undang-undang baharu itu turut membenarkan pasangan belum berkahwin untuk tinggal bersama.
Sebelum ini, pasangan yang tidak mempunyai ikatan sah atau rakan serumah berlainan jantina tidak dibenarkan tinggal bersama.
Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar peraturan berkenaan.
Pengumuman dasar baharu itu diumumkan Sabtu lalu dan ia dilaksanakan bagi memastikan bahawa undang-undang UAE memenuhi keperluan berbeza dari semua latar belakang, agama dan warganegara memandangkan individu dari hampir 200 negara menetap di UAE.
Pembaharuan ini mempengaruhi undang-undang berkaitan perceraian, wasiat dan pembahagian harta, alkohol, bunuh diri dan perlindungan wanita.
The New York Times melaporkan, undang-undang baharu itu diperkenalkan sebagai usaha untuk meletakkan UAE sebagai jenama global untuk menarik pelancong asing, profesional dan pelabur.
Hampir 90 peratus daripada 10 juta penduduk di UAE adalah warga asing khususnya dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Arab.
Foto: The Islamic Information
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024