Bekas anggota kumpulan K-Pop popular WANNA ONE, Kim Jae Hwan bakal hadir ke Malaysia sebagai artis solo sempena siri jelajah ‘2019 Kim Jae Hwan Fan Meeting [MIN:D] in Kuala Lumpur.

Sesi bertemu peminat Kim Jae Hwan dan peminatnya di Malaysia ini dianjurkan oleh UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro sebagai rakan acara sokongan.

Acara ini akan menjadi sesi bertemu peminat antarabangsa yang julung kali diadakan untuk Kim Jae Hwan dan peminat sejak debut solonya.

Walaupun usianya masih muda namun Jae Hwan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia yang dikenali sebagai WIN:D.

Selepas WANNA ONE dibubarkan, Jae Hwan kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Swing Entertainment.

Populariti Kim Jae Hwan mula meningkat naik selepas meraih tempat keempat menerusi rancangan realiti survival akhir, ‘Produce 101 Season 2’ di Mnet.

Selepas bergerak solo, Jae Hwan mula memberikan fokus kepada debut solonya dan menulis lirik lagu sendiri.

Album solo sulung Jaehwan, ‘Another’ telah dilancarkan pada 20 Mei 2019 sekaligus menerima sambutan luar biasa daripada peminat kesayangannya.


‘2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR bakal menemui peminat pada 27 Julai 2019 bertempat Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.

Tiket konsert dijual dengan harga RM282 (Zon Ungu), RM382 (Zon Kuning), RM482 (Zon Merah), RM582 (Zon A) dan RM692 (Zon VIP).

Pembelian secara online boleh dilakukan bermula 12 Jun 2019 (Rabu) bermula jam 12:00 tengah hari di www.macpieticketing.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro.

Terdahulu, WANNA ONE yang dianggotai oleh 11 anak muda berbakat iaitu Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young dan Ha Sung Woon dibubarkan pada 27 Januari 2019.