UCAPAN SALAM LEMBARAN BAHARU

Buka Lembaran Baharu bersama ASTRO Aidilfitri ini. Setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan UCAPAN MEMOHON MAAF mahupun SALAM AIDILFITRI. Jadi, apa kata anda hantar ucapan AIDILFITRI anda melalui SALAM LEMBARAN BAHARU.

APA ITU SALAM LEMBARAN BAHARU?
Budaya mengirim KAD RAYA pasti akan diingati semua orang. Anak mengirim kad raya kepada ibubapa di kampung, kiriman kad raya antara sahabat handai, atau Mamat kirimkan kad raya untuk kekasihnya Wati. Manis bukan?

Jadi, Astro berbesar hati mengajak anda semua untuk hantarkan UCAPAN SALAM AIDILFITRI, kepada sesiapa sahaja dalam bentuk GAMBAR.

UCAPAN KEPADA SESIAPA SAHAJA?
YA! Kepada sesiapa sahaja dan tak kira berada di mana.

BILA DAN DIMANA SALAM LEMBARAN BAHARU DISIARKAN?
Ucapan anda akan disiarkan di SEMUA SALURAN Astro Berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Prima, Astro Warna, Astro Citra, Astro Oasis, Astro Naura) dan juga platform digital OFFICIAL RIA X dan Gempak bermula 9 Mei 2021.

BAGAIMANA CARANYA?
  1. Terbuka kepada semua lapisan umur, bangsa dan profession
  2. Hantarkan minimum 2 GAMBAR berserta Ucapan Salam Lembaran Baharu anda
  3. Maksimum ucapan Salam Senyuman Raya anda adalah 300 patah perkataan
  4. Wajib berpakaian baju raya
  5. Siap! Gambar dan ucapan yang terpilih akan disiarkan bermula 9 May ini!
Hantarkan gambar anda, selewat-lewatnya pada 7 MAY 2021.

- Klik disini untuk menghantar -