Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

Amri Hassan
15/10/2024 03:28 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil berkongsi penjelasan mengenai hukum seorang isteri yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh iddah.

Jelas UIA, tindakan sedemikian adalah haram hukumnya dan seseorang wanita itu masih berstatus isteri orang dan boleh kembali rujuk dengan suaminya biarpun dalam iddah.

"Haram isteri yang masih dalam idah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih dalam hukum isteri orang," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.



Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang turut menasihati mana-mana pasangan agar menjaga hukum agama dan tidak sewenang-wenangnya bertindak tanpa berfikir panjang.

"Saya minta juga pasangan tu tapi saya tak sokong perkara yang melanggar hukum. Harap dua-dua pihak boleh jadikan pengajaran.

"Netizen yang tak faham agama tapi disalahkan si bekas suami atas kenyataan beliau, jadi ikutlah syarak.

"Sebelum nak kecam orang selidik dulu hukum hakam," demikian tulis beberapa warganet.

Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Jofliam mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran meminta bekas isterinya Cik Epal untuk menjaga kehormatan diri dan maruah dalam tempoh idah.

BERITA TRENDING: Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

Jofliam juga menasihati orang ramai untuk menghormati wanita yang dalam tempoh idah dengan cara tidak ‘mengkenenkan’ mereka dengan mana-mana lelaki lain.

BERITA TRENDING: Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”

BERITA TRENDING: “Pilih Untuk Tidak Bercerita Sebab Tak Nak Ada Aib Bekas Suami Yang Terbuka” - Cik Epal Dedah Jofliam Tak Curang

BERITA TRENDING: “Tak Apa, Saya Dah Selesaikan Tanggungjawab Saya” - Jofliam

#Bercinta #Suami #Isteri #Ustaz Azhar Idrus #Iddah #Jofliam #Kenen #Cik Epal #UIA
;