Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman memaklumkan bahawa keluarga Sinclair sudah pulang ke Malaysia selepas berada di Indonesia sejak seminggu lalu.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Khadijah memuat naik foto bersama ahli keluarga di depan pusara di samping melahirkan rasa syukur kerana arwah disayangi ramai orang.



“Assalamualaikum ke semua yang dikasihi. Keluarga Sinclair sudah pun pulang ke Malaysia buat sementara.

“Kami bersyukur menerima kasih sayang buat Almarhum Ashraf. Kami mohon doa al-fatihah tidak terputus untuknya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Khadijah menyatakan dia akan selalu datang menziarahi balu arwah, penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari dan cucunya, Noah.

“Insya-Allah di izin Allah swt, umi akan ke Jakarta selalu untuk bersama dengan anak umi tersayang, Bunga dan cucu umi tersayang, Noah. Saya menyayangi kamu semua kerana mencintai anak saya, arwah Ashraf.

"Mari kita melakukan perbuatan baik di bumi supaya kita dapat bersama dengannya di Jannah insya-Allah. Al-fatihah. Amin,” tulisnya lagi.

#keluargabesarSinclair #pulangsementara #jumpalagi Assalamualaikum kesemua yang di kasihi. Keluarga Sinclair sudah pun pulang ke Malaysia buat sementara. Kami bersyukur menerima kasih sayang buat Almarhum Ashraf. Kami mohon doa Alfatihah tidak terputus untuk nya. InsyaAllah di izin Allah swt, Umi akan ke Jakarta selalu untuk bersama dengan anak Umi tersayang, Bunga dan cucu Umi tersayang, Noah. I love all of you, for loving my son Aruah Ashraf. Lets do all the good deeds on Earth so we can be with him in Jannah InsyaAllah. Alfatihah. Aamiin

A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on


Ashraf Sinclair, pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.

Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.