HIBURAN
Ummi Nazeera Serikan ‘Paris Fashion Week’, Bangga Jadi Wakil Malaysia & Satu-Satunya Wanita Berhijab Yang Hadir
Pelakon terkenal, Ummi Nazeera melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila tampil di pentas Minggu Fesyen Paris (PFW) yang berlangsung di kota fesyen dunia, Paris, baru-baru ini.
Tampil Memukau Meski Berhijab
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Ummi menghadiri acara fesyen berprestij itu dengan menyaksikan pertunjukan jenama pereka fesyen terkenal, Rick Owens.Bagi Ummi, pengalaman tersebut bukan sekadar memenuhi minatnya dalam dunia fesyen, tetapi juga satu kebanggaan apabila dapat mewakili Malaysia ke acara bertaraf dunia itu.
Lebih membanggakan, pelakon drama hits Andai Tiada Dia itu turut berkongsi rasa terharu kerana menjadi satu-satunya wanita berhijab yang hadir di acara tersebut.
“Pertunjukan Rick Owens pertama saya di Paris.
“Gembira berada di sini mewakili Malaysia. Saya juga bangga menjadi satu-satunya wanita hijabi di sini.
“Saya juga suka koleksinya,” kongsi Ummi.Keberadaannya di sana turut ditemani abangnya, Nazreem Musa, yang juga dikenali dalam dunia fesyen tempatan.
Selain itu, Ummi turut berkongsi momen istimewa bersama selebriti popular, Raline Shah, di Instagram Stories, yang menarik perhatian para peminat.
Penampilan Ummi di Minggu Fesyen Paris membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu menyerlah dalam industri fesyen global, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Must-Watch Video