Laman Utama

"Ummi Risau Abang Dan Adik Diejek" - Sajat Bimbang Nasib Anak Angkatnya Dibuli Gara-Gara…

gempak
ZULHILMI JALIL
22/01/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
"Ummi Risau Abang Dan Adik Diejek" - Sajat Bimbang Nasib Anak Angkatnya Dibuli Gara-Gara…
Usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan gelaran Nur Sajat meluahkan rasa bimbang akan nasib yang bakal menimpa dua orang anak angkatnya yang kini sedang membesar bersamanya.
Menurut Sajat, sebolehnya dia tidak mahu anak-anaknya itu terpalit menjadi mangsa keadaan hanya kerana mereka dibesarkan oleh dirinya yang sering menjadi mangsa cercaan.
"Adik abang, Ummi risau pasal adik dan abang. Ummi tak nak adik dan abang kena buli macam Ummi kerana Ummi, itu anak siapa...Ummi memikir sangat-sangat hal ini.
"Ummi risau abang dan adik diejek, dikata disebabkan Ummi. Maafkan Ummi abang dan adik. Ummi sedih bila jadi macam ini, Ummi sayang abang dan adik, maafkan kalau Ummi tak sempurna," luahnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.
Dalam entri berkenaan, Sajat turut berkongsi gambar sepasang anak angkatnya yang diberi nama Syahmi dan Syaza yang kini menginjak usia lima tahun.
Pada masa sama, kata Sajat lagi, dia turut meninggalkan pesanan kepada kedua-dua anaknya itu agar membesar menjadi insan yang sentiasa menghormati orang lain.
"Buat anakku yang kucintai, Ummi harap anak ummu besar jadilah anak yang sentiasa menghormati semua orang.
"Tak kira sesiapapun sayang. Hormatilah sebanyak mana pun," katanya.
Baru-baru ini, Sajat mencuri tumpuan ramai apabila berdepan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor ekoran dakwaan salah laku berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah majlis keagamaan.
BACA: Muhammad Sajjad Mengaku Tak Bersalah Berpakaian Wanita Ketika Majlis Bacaan Yasin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live