Hiburan

"Umrah Adalah Penyucian Hati & Jiwa… Artis Hanya Permudahkan Cara Untuk Bercerita.. " - Rabbani

Zulaikha Yusof
10/01/2020
11:18 MYT
Kumpulan nasyid popular Rabbani mengingatkan kepada semua ahli jemaah supaya tidak meletakkan niat ke sana adalah untuk bertemu dengan mereka.
Rabbani akan berangkat mengerjakan umrah bersama jemaah lain di samping membawa misi besar Khatam dan Tadabbur Al-Quran.
Rombongan ini dijangka berangkat menerusi dua perjalanan iaitu pada 14 dan 21 Januari akan datang.
Kata anggotanya, Azadan Abdul Aziz, kumpulan itu ditugaskan untuk mempermudahkan urusan jemaah di sana di samping akan membantu golongan yang memerlukan.
"Kami tidak menganggap perjalanan ini adalah untuk bersama kumpulan Rabbani. Bila sebut umrah ini ia adalah penyucian hati dan jiwa.
"Kena lapangkan hati tak kira walau bersama siapa pun. Maaf ya bercakap, kadang-kadang ni dah ada yang pilih dengan siapa yang dia nak bersama. Itu pun dah salah.
"Kita nak pergi umrah itu atas niat ingin menyucikan hati. Kami sebagai artis hanya permudahkan cara untuk bercerita lebih mendalam apabila sampai di sana.
"Selebihnya mungkin hal-hal fizikal contohnya akan membantu warga yang lebih berusia untuk bergerak," katanya kepada Gempak.
Rabbani ditemui ketika majlis Pelancaran Program Televisyen Jaulah Quran Di Bumi Haramain serta Pelantikan Sebagai Ikon Sahabat Quran Malaysia yang diadakan di Amazing Umrah Travel, Selayang baru-baru ini.
Tambah kumpulan yang popular menerusi lagu Intifada ini, mereka berharap akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat kerana pakej ini membawa misi.
"Kami harap mampu membawa seramai mungkin Ahlul Quran ke lokasi Al-Quran diturunkan iaitu Makkah dan Madinah. Kami akan berada di sana selama dua minggu sehingga selesai proses penggambaran.
"Kami ingin berkongsi dengan semua peminat dan masyarakat di Malaysia. Bukan apa bila kita buat program Al-Quran ini orang takut untuk bercerita.
"Kami sendiri dah banyak kali pergi umrah dengan beberapa agensi. Semuanya ada kebaikannya cuma kelebihan Amazing Umrah ini adalah dia ada program khatam Al-Quran.
"Tidak ada alasan untuk tidak membaca Al-Quran kerana di sana akan ada kumpulan. Ini memang tradisi yang mengagumkan bagi kami semua.
"Jemaah yang ikut perjalanan ini juga akan mula membaca Al Quran sejak berada di dalam kapal terbang," katanya lagi.
Sahabat Quran Malaysia (SQM) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mula aktif sejak tahun 2016 bagi mengumpul seramai mungkin Pencinta Al Quran di seluruh Malaysia.
Sehingga kini Amazing Umrah telah membawa lebih 50 kumpulan dan hampir 2,500 Sahabat Quran Malaysia berjaya menyempurnakan Misi Khatam Quran dengan jayanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.
Hiburan

Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

gempak
18/06/2024
01:55 MYT
Perkongsian pelawak Shuib yang memuat naik video mengimbau kembali momen ketika berada di Mekah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Viral

Suami Kerja Badut, Isteri Telan Kata-Kata Mak Cik Puaka - "Syukur 13 Tahun Kahwin Dapat Pergi Umrah, Bercuti Di Jepun & Beli Rumah"

gempak
11/06/2024
05:25 MYT
Perkongsian seorang wanita mengenai kisah hidup dan pekerjaan suaminya sebagai seorang badut mendapat perhatian netizen.
Viral

Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

gempak
06/05/2024
11:40 MYT
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Hiburan

Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”

gempak
24/04/2024
03:25 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.