Tidak dapat menahan lagi sebak di dada, pelakon Fatin Afeefa menangis sehingga tersedu-sedan ketika membuat siaran langsung di TikTok miliknya.

Menurut Fatin kehidupannya yang dahulu lebih gembira biarpun serba kekurangan sehingga terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan untuk membeli susu anak.

“Tak tahu nak buat apa… senyum salah, tak senyum salah. Kaya salah, miskin saja tak salah. Sebab dulu I miskin happy, semua orang happy. I tengaj tak ada duit, pinjam duit orang.

“Semua orang happy masa I tak ada duit… pinjam duit orang nak beli susu anak. Semua orang happy. Semua orang nak tengok I macam ni. Korang dah dapat apa korang nak,” kata Fatin yang tidak henti menangis.

Malah, Fatin memberitahu selama 10 bulan dia tidak aktif dalam dunia seni dan hanya fokus kepada perniagaannya demi membayar yuran persekolahan anaknya.

“Yang penting saya tak ambil duit orang, tak kacau sesiapa. Saya tak post video perli-perli di TikTok. Nak kata saya curi job, saya dah tak berlakon 10 bulan.

“Saya fokus buat bisnes, nak bayar duit sekolah anak saya. Kalau siapa follow live I tahu I tak borak fasal orang lain… tak mention nama pun. I buat hal I, cuma fokus macam mana nak bagi makan anak I,” ujarnya.

Terdahulu, Fatin mendakwa tuduhan bekas suami, Adam Shahz mengenai anaknya Arrian adalah anak luar nikah disifatkan sebagai melampau.

Fatin memberitahu Adam sengaja mencetuskan perkara berkenaan dan mendakwa bapa kepada anaknya itu culas dalam memberi nafkah.

Sementara itu, Fatin mengakui dia kini sudah tidak mahu lagi meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

“I okay sebab Allah tak tidur, Allah maha mendengar dan Allah tak kejam, Allah tak pernah kejam, Allah sayang Arrian, Ivy, semua. Allah tak kejam, manusia yang kejam.

“I don’t want fame anymore… saya dah berhenti berlakon dan menyanyi, dah slow down sejak 10 bulan. Saya nak beritahu yang saya dah berhenti berlakon dan menyanyi.

“Saya dah tak nak all this fame. I don’t need all this fame anymore. If you need them, I hope that the job that I turn down goes to you. Semoga kita sama-sama kaya.

“Semoga you lagi kaya daripada I so that you forget about my happiness. So you would forget about the kids… like you always did,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!