Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan bahawa dia banyak menghabiskan zaman mudanya dengan melakukan pelbagai kerja pada satu masa.
Disebabkan itu jugalah, sebelum bergelar seorang cef lagi, kata Chef Wan, dia pernah meraih pendapatan sehingga mencecah RM30,000 sebulan.
"Sewaktu saya kerja di bank, orang lain balik kerja pukul 4 petang dah balik rumah membuta.
"Saya pula sambung kerja, naik motosikal jual macam-macam barang, tupperware, alat soleklah. Masa itu umur saya baru 23 tahun.
"Buat jual-jual tu semua dapatlah saya sampai RM30,000 sebulan," katanya kepada Astro Gempak.
Bahkan, menurut Chef Wan, berkat usaha kerja kerasnya melakukan itu jugalah, dia berjaya membeli rumahnya pada usia cukup muda.
Katanya lagi, walaupun dia terpaksa berkorban masa mudanya dengan melakukan banyak kerja, namun, itu semua dilakukan demi rasa tanggungjawabnya terhadap keluarga.
"Saya melakukan pelbagai kerja. Saya pernah pergi rumah orang cuci, kerja di pasar raya, jadi tukang kebun. Saya dulu memang 'struggle' perlu melakukan banyak kerja.
"Balik rumah, jaga adik, masak, buat kuih, jual kuih. Balik, siap beri (duit) pada mak. Budak-budak lain, balik rumah sambung main bola. Pada masa sama, saya boleh jadi pelajar terbaik lagi," katanya yang mengimbau zaman mudanya.
Justeru, menurut Chef Wan, tiada alasan untuk seseorang untuk mengubah nasib hidup.
Katanya, semua itu boleh diperoleh dengan semangat dan usaha yang ada pada diri masing-masing sahaja.
"Bila tak ada duit, pergilah kerja. Cuma orang sekarang selalu mengeluh. Kalau tak berusaha, susahlah.
"Apabila sudah dapat rezeki, bantu orang sekeliling, agar rezeki itu berpanjangan.
"Saya tak adalah kaya raya sepanjang masa. Tapi itulah pengorbanan. Bila kita hidup suka berkorban, saya percaya ada sebab Allah murahkan rezeki untuk tolong keluarga sendiri, bersedekah," nasihatnya.
Chef Wan ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Selangor ketika penggambaran program Next To Neelofa baru-baru ini.
Bagi mengetahui lebih banyak kisah menarik Chef Wan, jangan lupa saksikan Next To Neelofa yang akan menemui penonton esok (3 September) di saluran Astro Ria, pada pukul 9 malam.
ZULHILMI JALIL
Wed Sep 02 2020
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.
Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup
Anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo, Tabby dan Angel mengakui masih lagi berhubung baik dengan Syasya.
Ieda Moin anak tak dapat keluar lokap | YES TUAN EP 1
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan
Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Sheriff: Raih RM22.1 Juta Dalam 7 Hari Tayangan Rasmi, Netizen Ucap Tahniah! - “Filem Paling Best 2024!”
Sheriff power! Alhamdulillah.
Aliff Aziz Kantoi Tiada Lesen Memandu, Ruhainies Arah Jangan Pulangkan Kereta Bella
Pendedahan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine baru-baru ini berjaya mendapat perhatian ramai.