,
Berita

Undi 18: RUU Lulus, Ahli Parlimen Beri Sokongan Majoriti Lebih Dua Pertiga

Kamaruddin Razal
16/07/2019
21:06 MYT
Barisan Ahli Parlimen Kerajaan dan Blok Pembangkang mencipta sejarah apabila memberi sokongan majoriti lebih dua pertiga bagi meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019, di Dewan Rakyat, semalam, lapor Astro Awani.
Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, seramai 211 ahli menyokong, melebihi jumlah yang diperlukan iaitu 148 orang.
RUU itu, yang dibentangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada bacaan kali kedua awal hari ini, bercadang meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.
Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Selain itu, RUU itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran warganegara secara automatik sejurus mereka mencapai umur 18 tahun.
Terdahulu, sewaktu menggulung RUU berkenaan, Dr Mahathir menjawab isu yang dibangkitkan sewaktu perbahasan yang melibatkan 59 orang Ahli Parlimen.
Antaranya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) ingin mengetahui sama ada 3.9 juta pengundi yang telah melepasi umur 21 pada pilihan raya umum yang lepas, tetapi masih belum mengundi, akan turut didaftarkan secara automatik.
Perdana Menteri berkata, cadangan pendaftaran pemilih secara automatik akan turut meliputi 3.9 juta warganegara Malaysia berumur 21 tahun berkenaan, dan akan diberi keutamaan oleh SPR dalam pelaksanaan pendaftaran pemilih ini.
Berhubung cadangan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin mengetahui sekiranya kerajaan bercadang mewajibkan pengundi berkelayakan keluar mengundi bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi, Dr Mahathir berkata, belum ada keperluan berbuat demikian.
“Kajian awal terhadap negara-negara yang telah mewajibkan pengundinya keluar mengundi juga tidak 10 mendapat 100 peratus keluar mengundi. Singapura mencapai 93.56 peratus, Australia 91.89 peratus diikuti oleh Belgium 88.3 peratus dan Austria 80 peratus.
“Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada warganegara yang layak untuk keluar mengundi,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tempoh pelaksanaan RUU ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya kerana ianya akan menentukan hala tuju demokrasi negara.
“Penelitian kepada pelaksanaan ini adalah wajar bagi mengambil kira segenap aspek kebajikan bakal-bakal pengundi diberi keutamaan dan bukannya untuk memberi ruang kepada apa-apa agenda politik.
“Agensi-agensi pelaksana yang terlibat secara langsung sewajarnya diberi peluang dan ruang untuk membuat persediaan teratur, umpamanya dari segi integrasi data antara Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan,” katanya lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Bukan Bermaksud Benda Itu Tak Halal, Cuma Nak Buat…” - Khairul Aming

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menjelaskan ketiadaan sijil halal sebelum ini bukanlah bermakna produk makanan yang dijualnya iaitu iaitu sambal dan dendeng tidak halal.
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Hiburan

Abby Abadi Terkenang Momen Lucu Awal Perkahwinan, Rasa Pelik Dipanggil Kak Long - “Kita Anak Bongsu, Rupanya Suami Anak Sulung Wak!”

gempak
22/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengimbas kembali kenangan diawal perkahwinan bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar