Hiburan

Untuk Perkahwinan Bahagia, Kena Ada Restu Keluarga – Fasha Sandha

gempak
Ahmad Shah
18/03/2016
04:51 MYT
Sponsor Banner
Untuk Perkahwinan Bahagia, Kena Ada Restu Keluarga – Fasha Sandha
Selepas mengambil pendekatan untuk berdiam diri mengenai penceraiannya, pelakon Fasha Sandha akhirnya mengakui restu keluarga amat penting untuk sesebuah perkahwinan.
Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 31, berkata restu dari kedua belah keluarga adalah penting untuk mendapatkan perkahwinan yang bahagia.
Pengakuan tersebut dinyatakan Fasha kepada Datuk Aznil Haji Nawawi menerusi program ‘LePaknil’ yang bakal bersiaran pada 9.30 malam ini.
Selain itu Fasha turut mendedahkan, pertama kali dia melihat air mata bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai jatuh ialah ketika cerai dilafazkan di mahkamah selepas 10 tahun mengenali lelaki itu.
Sejak sah bercerai pada 20 Januari lalu, Fasha enggan mengulas mengenai punca penceraiannya bersama Jejai.
Bagaimanapun, Pak Nil berjaya membuatkan Fasha membuka mulut dan berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi program ‘LePaknil’.
Pak Nil juga berjaya mendekati dan menyelami perasaan Fasha dengan lebih mendalam tentang statusnya kini yang bergelar ibu tunggal.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.
Untuk mengetahui apa lagi yang dikongsikan oleh Fasha kepada Pak Nil, jangan lupa saksikan ‘LePaknil’ malam ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024