Anggota kumpulan K-Pop SUPER JUNIOR Heechul dilaporkan bercinta dengan Momo daripada kumpulan TWICE.

Berita itu disahkan oleh kedua-dua agensi mereka, Label SJ dan JYP Entertainment hari ini.

“Kim Heechul dan Momo sebelum ini memang rapat walaupun sebagai senior dan junior namun sejak akhir-akhir ini mereka berdua sering bertemu dan mempunyai perasaan antara satu sama lain,” – Label SJ

“Selepas melihat situasi tersebut, kami mengesahkan mereka berdua yang hubungannya bermula dengan senior-junior telah menyukai antara satu sama lain dan sedang bercinta,” JYP Entertainment.

Terdahulu, Heechul dan Momo sebelum ini pernah digosipkan bercinta pada awal Ogos tahun lalu namun dinafikan agensi pengurusan masing-masing.

Difahamkan sebelum ini Heechul juga sememangnya meminati Momo dan sering berasa gementar jika bertemu dengan wanita berkenaan terutamanya dalam rancangan variasi.

Sumber: Koreaboo / Allkpop