Upload Gambar IG Bersama, Netizen Doa Hubungan Mimi Lana & Syafiq Kyle Kembali Bertaut
Masih mesra dilihat bersama, pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila memuat naik foto bersama baru-baru ini.
Upload Gambar Bersama
Menerusi entri di Instagram yang dibuat oleh Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, pelakon itu menulis kapsyen berkaitan filem terbaharunya, The Experts di mana dirinya memainkan salah satu watak utama yang digandingkan bersama Syafiq Kyle.
"InsyaAllah berjodoh, amin...
Kapsyen yang ditulis itu bagaimanapun menarik perhatian ramai, di mana rata-rata netizen di ruangan komen mendoakan agar Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali bertaut setelah hubungan mereka yang terjalin sebelum ini terputus di tengah jalan.


BERITA TRENDING: Seminggu Mimi Lana Menangis Sebab Potong Rambut Pendek - “Saya Rasa Tak Boleh Terima…”
Dalam perkembangan lain, Mimi Lana telah membintangi filem terbitan Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures yang bakal bersua dengan penonton bermula 23 Mei ini di pawagam seluruh negara.
Sumber: Instagram