Bintang Youtube dan pelakon Stahmi Sazli kini sibuk mengendalikan filem pertama arahannya yang berjudul Mael Totey.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Syahmi memaklumkan dia baru sahaja bertemu pengarah Prof Razak Mohaideen.

“Urgent datang KL sebab baru tahu kena buat FDAM kalau nak mengarah filem. Nak buat lesen FDAM kena ada tanda tangan berpengalaman.

“Alhamdulillah, prof @razakmohaideen sudi membantu untuk tanda tangan. Terima kasih juga untuk tips dan nasihat prof,” tulisnya.

Urgent dtg KL sbb baru tahu kena buat FDAM kalau nk mengarah filem. Nak buat lesen FDAM kena ada sign pengarah berpengalaman. Alhamdulillah Prof @razakmohaideen sudi bantu untuk sign. Terima kasih juga untuk tips & nasihat Prof?

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on


BACA: “Doakan Mi Ye” - Syahmi Sazli Arah Filem Pertama Berjudul Mael Totey

Dalam perkembangan lain, Syahmi turut berlakon dalam filem raya berjudul Syif Malam Raya.

Selain Yoe Parey dan Asif Suhaimi, filem ini turut menampilkan Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)


Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.