Pelakon Yatt Hamzah menasihati golongan wanita agar tidak keterlaluan ketika merias diri.

Menurut Yatt, masih ramai wanita yang memakai bulu mata palsu, malah ada juga yang menyambung bulu mata untuk satu tempoh yang
panjang (extension).

Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Masih ramai Muslimah yang pakai bulu mata palsu bila bersolek dan lebih menyedihkan buat extension bulu mata, bagaimana solatnya?

"Tidak sah wuduk dan solat jika ada extension kerana ia menghalang air wuduk dari menyucikan bulu mata pada kulit. Usah halalkan perkara yang haram, usah undang murka Allah," tulisnya.



Dalam pada itu, Yatt menyarankan golongan wanita untuk sekadar memakai maskara kerana ia bersifat sementara dan lebih selamat.

"Boleh je nak cantik, Allah tak larang cuma janganlah sampai memudaratkan ibadat dan kesihatan, pakai gam bulu mata dan extension itu memudaratkan.

"Pakai maskara yang bersifat sementara dan lebih selamat adalah penyelesaian kalau nak bulu mata lagi lebat," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Yatt turut bersetuju dengan pendapat dan nasihatnya itu.

Makin ramai yg buat. Yg tak pernah2 pakai pun tiba2 pakai masa hari perkahwinan atau majlis makan malam Syarikat. Mungkin masih ada yg x tahu so marilah share ilmu ni dg mrk yg x tahu. Kpd yg dah tahu, TOLONGLAH JGN BUAT2 TAK TAHU. Kita ni pahala x banyak, so janganlah tambah dosa pula. Umpama kita x bersyukur dg kurniaan&kejadian Allah kpd kita. Boleh je nak cantik, Allah x larang cuma jgnlah sampai memudaratkan ibadat dan kesihatan. Pakai gam bulu mata dan extention tu memudaratkan. Pakai mascara yg bersifat sementara dan lbh selamat adalah penyelesaian kalau nak bulu mata cantik lebat. Macam mana rezeki nak berkat bila buat apa yg Allah haramkan.. NAUDZUBILLAH.. . Hukum menyambung bulu mata palsu yang kini turut menjadi trend d kalangan wanita ; Dalam isu pemakaian bulu mata palsu ini juga, perlulah dilihat daripada beberapa sudut: Kesucian Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat dan jika di luar, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah). Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib. Qias dengan larangan menyambung rambut Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya. Justeru, haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT. Kesihatan Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang memudaratkan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia). Ini berdasarkan firman Allah Taala: وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195) Kecantikan (BERSAMBUNG DI KOMEN) . #Yattmengayat #darihatiseorangmujahidah #fromtheheartofamujahidah #bondaYHshare #sharingiscaring #bondaYattshare #extention #bulumatapalsu

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on


Sekadar info, pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 2002, Yatt kini lebih gemar berkongsi ilmu keagmaan menerusi platform media sosial.